Nurin Syakila merenung ke luar tingkap bas. Terasa sayu mengenang
suaminya yang sudah lama tidak pulang ke rumah. ‘Abang kat mana? Kenapa
abang menghilang macam ni? Lebih kurang 5 bulan abang tak balik. Tanpa
khabar berita. Apa salah Nurin bang?’ rintih hatinya. Tangannya mengusap
lembut perutnya yang kian membesar dari hari ke hari. ‘Biarlah apa
orang nak cakap, Nurin tetap akan cari abang sampai jumpa. Demi anak
kita bang. Insya-Allah, sebelum anak kita lahir, kita pasti bertemu. Nurin sayang abang. Nurin betul- betul cintakan abang. Nurin
percaya, kekuatan cinta kita pasti dapat membantu. Nurin akan usaha
sedaya upaya. Demi anak kita. Demi cinta kita,’ tekadnya. Bas
Transnasional yang dinaikinya berhenti di RnR Rawang. Beberapa orang
penumpang turun untuk ke tandas. Begitu juga Nurin dan gadis berusia
awal 20-an yang duduk di sebelahnya di dalam bas.
Tengku Daniel Iskandar keluar dari biliknya. “Intan, Farah balik dari
cuti bila ya?” tanyanya tenang. Setiausahanya itu segera bangun. “Tak
tahulah Tengku. Saya dah call dia semalam suruh balik cepat. Kerja dia
banyak tertangguh. Lagi-lagi syarikat tengah ada masalah sekarang ni,”
rungutnya seperti seorang majikan. Iskandar berkerut dahi. “La..awak
janganlah pressure dia. Dia kan baru kehilangan parents. Bagi saya
nombor telefon Farah,” Intan mencebik.
Telefon bimbit
Farah berdering. ‘Alamak..telefon pulak orang tua ni,’ bisik hatinya.
“Assalamualaikum. Ya Tengku. Saya dah dalam bas ni. Insya-Allah, esok
saya masuk kerja,” kata Farah sebaik menjawab panggilan tersebut.
“Ish..awak ni Farah.. Tak sempat saya nak tanya khabar, dah meluru je
cakapnya. Awak apa khabar? Macam mana kenduri?" tanya Iskandar lembut.
Farah hairan. Mana tidaknya. semalam dia diserang setiausaha majikannya
itu,Intan. Katanya, Iskandar sudah naik gila di pejabat.Seminggu dia
ambil cuti, banyak kerja tertangguh. Syarikat pula sedang mengalami
masalah. Tetapi suara majikannya hari ini sangat tenang dan jauh berbeza
dari apa yang dibayangkannya setelah Intan menelefonnya semalam.
"Farah? Are you still there?" "Ya Tengku. Semuanya berjalan lancar.
Terima kasih Tengku," Iskandar memberi kata-kata semangat padanya. Farah
benar-benar gembira dengan perhatian yang diberikan oleh majikannya.
'Baik juga bos aku ni,' bisik hatinya.
Nurin menyeluk
poket seluarnya mencari duit. "Alamak, ada di dalam beg pula. Maaf dik, akak
tak jadi beli ya. Beg duit dalam bas. Tak larat pula nak naik turun bas.
Maaf ya," katanya. Dia betul-betul segan. "Adik, kira sekali ya. Tak apa
kak. Dalam bas nanti akak bayarlah semula pada Farah. Farah dahulukan duit Farah dulu
ya," Farah membayar makanan ringan yang di letak semula oleh Nurin
sebentar tadi. Nurin mengukir senyuman. "Terima kasih ya".
Sebaik duduk di
tempatnya, Nurin mengeluarkan beg duitnya dari beg. "Berapa tadi dik?"
tanya Nurin. Farah menghulur plastik berisi makanan ringan yang
dibelinya tadi. "Tak payah lah kak. Anggaplah Farah belanja baby tu,"
kata Farah sambil menjuihkan bibir ke arah perut Nurin. Nurin
menggeleng. "Mana boleh macam tu," Farah terkejut melihat gambar seorang
lelaki di beg duit Nurin. "Maaf kalau Farah menyibuk. Kak, itu gambar
siapa ya?" tanyanya. Nurin mengukir senyuman. Dia mengeluarkan kad
pengenalan diri suaminya lalu
menghulurkan kepada Farah. "Suami akak," katanya. Farah
merenung dan meneliti gambar serta butir diri suami Nurin. "Tengku dah
kahwin? Kami tak pernah tahu pun. ish. Tapi ni betul ic Tengku ni," kata
Farah tidak percaya. Nurin menggenggam tangan Farah. "Farah kenal suami
akak? Dia di mana? Boleh Farah bawa akak berjumpa dengan dia?" Farah
hairan. Siapa sebenarnya wanita hamil itu? Apa hubungannya dia dan
majikannya? Bagaimana kad pengenalaln majikannya boleh berada di tangan
wanita tersebut yang menetap di Perak, sedangkan dia bekerja di Kuala
Lumpur? Mustahil boleh hidup di KL tanpa kad pengenalan diri. Farah cuba
meminta penjelasan daripada Nurin dan tanpa membuang masa, Nurin segera
menceritakan segalanya dari mula sehingga suaminya itu masih belum
pulang tanpa berita setelah 5 bulan berlalu.
Iskandar
memicit-micit kepalanya."Serius. Aku betul-betul tak faham. Mimpi ni
kerap sangat muncul. That woman is totally not Fasha. I'm so sure,"
adunya pada Firdaus, kawan baiknya. Firdaus mengangguk. "Kau nampak muka
dia?" Iskandar menggeleng. "Blur. Tapi babe, dalam mimpi tu, aku rasa
tenang sangat. Dia hugs aku. Bagi kata semangat. Kau pun tau kan
syarikat aku tengah ada problem sekarang ni. If aku tension, terlelap,
dia akan muncul dalam mimpi aku. Bila aku terjaga dari tidur, aku rasa
macam, aku baru luahkan semua masalah pada someone..Lega..Tenang.. but
wanita tu cuma muncul dalam mimpi. Aku...Aku dah gila ke ha?" tanya nya.
Iskandar menghirup air teh o ais nya. Firdaus menepuk perlahan bahu
kawan baiknya itu. Dia berbelah bagi. Setelah dia mendengar cerita dan
ciri-ciri wanita yang di gambarkan oleh Iskandar, dia seakan kenal akan
wanita tersebut. "Is..aku nak bagitahu sesuatu ni.." "Is!" seorang
wanita tiba-tiba memeluk lengan Iskandar. Iskandar hanya tersenyum.
"Pandainya bakal menantu mama ni. Faham dah perangai anak mama. Kami
baru balik dari spa. Fasha ajak mama makan kat sini. Katanya, ini tempat
favourite Is," Tengku Marina memuji-muji bakal menantunya itu.
"Mestilah Fasha kena tahu tentang kesukaan bakal suami Fasha ni,"
Firdaus hanya duduk membisu sambil memerhati drama yang sedang berlaku
di depannya. 'Maaf,bro. Aku memang akan bagitahu kau rahsia ni.Tapi
bukan seakarang. Insya-Allah. Satu hari nanti,' bisik hatinya.
"Masuklah kak. Maaf. Rumah kecil je. Ini bilik akak. Tandas kt depan
bilik ni. Bilik Farah kat sebelah je," Farah meletakkan beg baju Nurin
di atas lantai. Nurin memeluk Farah erat. Dia bersyukur sangat kerana
dapat tempat berteduh seselesa itu sementara mencari suaminya. Lagipun,
mungkin sekejap sahaja. Urusannya menjadi lebih mudah kerana suaminya
adalah majikan Farah. "Terima kasih banyak-banyak Farah. Akak banyak
susahkan Farah," kata Nurin. Air matanya menitis terharu akan kebaikan Farah. "Tak apalah kak. Farah tak ada siapa-siapa dah kak. Sunyi. Mak
dengan abah dah tak ada. Adik beradik pun tak ada. Saudara mara semua di
Perak. Farah gembira sangat sebab akak sudi teman Farah..." malam itu,
Farah dan Nurin tidur bersama di bilik Farah.
“Assalamualaikum. Selamat pagi. Farah, awak sihat?” tanya Iskandar.
“Sihat Tengku. Alhamdulillah. Terima kasih Tengku,” kata Farah. Iskandar mengukir senyuman.
“Tengku, ada orang nak jumpa Tengku,” kata Farah tiba-tiba. Langkah Iskandar terhenti.
“Siapa?” Iskandar berkerut dahi hairan. Farah
memanggil Nurin yang bersembunyi di bilik rehat. Nurin muncul
perlahan-lahan. Semua mata pekerja tertumpu padanya. Nurin tidak kisah.
Pada ketika itu, dia rasa betul-betul bersyukur. Akhirnya, setelah 5
bulan terpisah, mereka bertemu kembali. Nurin segera memeluk suaminya.
Farah tersenyum gembira melihat penyatuan suami isteri tersebut.
Alhamdulillah, dapatlah bayi itu lahir dengan sempurna ke dunia ini
diiqamat atau diazankan oleh ayah kandungnya.
Terdengar
suara-suara yang tertanya-tanya siapa wanita hamil tersebut. Begitu juga
Iskandar. Tetapi, pelukan tersebut betul-betul selesa. Seperti yang
dirasakannya di dalam mimpi. Iskandar membiarkan wanita tersebut
mendakapnya erat. "Abang, kenapa abang tak balik? Nurin buat salah
ke bang? Kenapa abang tak pernah telefon Nurin?" tanya Nurin teresak-esak.
Iskandar berkerut dahi. "Puan, kenapa ni? Puan cari siapa
sebenarnya? Saya rasa puan salah orang ni. Farah, siapa puan ni
sebenaranya? Kenapa awak bawa dia jumpa saya? ," kata Iskandar jujur. Sebaik mendengar kata-kata Iskandar, perlahan-lahan Nurin melepaskan pelukan. Iskandar membetulkan kotnya. "Abang...
Tak kenal Nurin?" tanya Nurin smbil merenung ke dalam mata Iskandar.
Iskandar menggeleng perlahan. Nurin tunduk. Farah segera menghampiri
Nurin dan mencapai tangan Nurin. "Akak.." dia cuba menenangkan hati
Nurin Iskandar kasihan melihat wanita hamil itu.
"Puan, mari masuk
bilik saya sebentar," ajak Iskandar sambil melangkah menuju ke biliknya.
Farah menggenggam tangan Nurin memberi sokonagan. Nurin menurut. "Tak
ada apa-apa. Sambung kerja masing-masing ya. Puan, jemput masuk," ajak
Iskandar mesra. Nurin melangkah masuk ke bilik pejabat Iskandar. Besar.
Mungkin segan nak mengaku aku di depan pekerjanya tadi.
"Jemput duduk, puan," Nurin hanya berdiri. Tunduk merenung lantai. Pelbagai persoalan bermain di kepalanya ketika itu."Abang malu nak
mengaku Nurin isteri abang kan tadi?" tanyanya perlahan.Air matanya
menitis. Iskandar betul-betul tidak faham. Siapa wanita hamil ni? Apa
pula drama yang dia lakonkan ni?
Tiada jawapan. Nurin mengangkat kepalanya. Direnung wajah Iskandar. Lelaki itu kelihatan sedang bingung.
"Maaf,
Tengku. Mungkin..mungkin betul kata Tengku. Saya salah orang agaknya.
Wajah Tengku mirip sangat dengan suami saya," Iskandar mengangguk. Dia
tersenyum lega. Teka-tekinya terjawab juga.
"Pelanduk dua serupa
agaknya. Puan, duduklah. Mesti penat. Baby tu. Mesti berat,kan?" pujuk
Iskandar. Nurin menurut. Di kepalanya, dia sedang sibuk merangka
rencana.
"Agak-agaknyalah Tengku, boleh tak kalau saya bekerja di sini?" tanya Nurin. Iskandar membuka kotnya. "Puan bawa sijil?" tanya Iskandar tenang. Nurin menggeleng. Iskandar berkerut dahi.
"Panggil
Nurin je. Tujuan saya datang KL ni untuk cari suami saya. Saya ingat
saya cukup bertuah dapat jumpa suami saya di sini. Rupa-rupanya..sangkaan saya meleset. Saya sebenarnya tida]ak merancang untuk cari kerja. Lagipun Tengku,
saya tak berkelulusan tinggi. Dapat kerja bancuh air pun tak apa.
Sementara belum jumpa suami saya ni, lepaslah duit makan dan sewa rumah.
Takkanlah saya nak tumpang percuma sahaja di rumah Farah," Iskandar hanya terdiam. Otaknya ligat memikir permintaan Nurin. "Tempat lain
pasti tak akan terima saya bekerja. Saya hamil. Tengku, gaji rendah pun tak apa. Pandailah saya mengurus wang ketika tengah susah-susah
macam ni," kasihan pula dia mendengarnya. Setelah berfikir seketika, Iskandar akhirnya setuju. Betul juga. Pasti tiada siapa yang akan mengambil wanita hamil itu bekerja.
"Baiklah.
Saya terima awak bekerja di sini. Jangan buat kerja berat-berat ya.
Bancuh air jika perlu je. Kalau tak ada kerja, awak rehat je ya di bilik
rehat," pesan Iskandar. Nurin tersenyum gembira. "Terima kasih Tengku." 'Abang,
Nurin kenal abang. Nurin percaya, satu hari nanti Allah akan buka pintu
hati abang dan pulangkan semula ingatan abang pada Nurin. Nurin janji
bang. Demi cinta kita. Demi anak kita' bisik hati Nurin.
"Akak duduk di rumah je lah kak. Kesian akak, penat nanti," pujuk Farah. Nurin mengukir senyuman.
"Akak
percaya. Itu suami akak. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga
membuatkan dia lupa pada akak," Farah menggenggam tangan Nurin. "Akak, Farah akan sentiasa sokong akak".
"Amboi..Baru mula kerja dah nak curi
tulang ya. Aku report pada bos nanti, baru tahu. Kau tak ada kerja ke
Farah? Eh perempuan, bancuh teh o untuk bos dan kopi o untuk aku," arah
Intan sebaik masuk ke bilik rehat. Farah ingin memarahi Intan namun
Nurin menghalang.
"Baik. Nanti Saya hantarkan," kata Nurin lembut.
"Dah tentulah! Takkan aku nak ambil pula." kata Intan sombong lalu beredar. Farah menggeleng.Nurin menyuruhnya menyambung kerja. Farah hanya menurut. Nurin membancuh kopi o untuk Intan dan kopi susu untuk Iskandar.
"Saya rasa saya pesan teh o pada Intan tadi. Dia salah sampaikan pada
awak ke?," Nurin menggeleng. Dia menghulur mug berisi kopi susu pada
Iskandar. Iskandar menyambut.
"Saya bukan apa. Sebenarnya saya tak suka susu. Kopi pun tak minum sangat," terang Iskandar. Nurin tersenyum. "Saya tahu. Tengku rasa dulu. Saya yakin Tengku pasti suka," Iskandar perlahan-lahan menghirup kopi susu tersebut. Kemudian, dia menghirup sedikit lagi. Nurin tersenyum puas. Tepat jangkaannya.
'Sama
seperti dulu bang. Sama sangat semasa Nurin hidangkan air ni pada abang setelah kita sah menjadi suami isteri dulu. Nurin tahu ini abang. Nurin akan buat
sampai abang ingat Nurin,' bisik hatinya. Iskandar tersenyum riang. Dia
betul-betul tidak sangka rasa kopi susu sangat sedap. "Sedap sangat!
Saya tak pernah minum pun air sesedap ni. Lepas ni, awak bancuhkan saya
air ni je ya. Terima kasih," Iskandar menghirup kopi susu tersebut dengan
perasaan yang sangat gembira. 'Siapa wanita ni sebenarnya ya?' bisik
hatinya.
Iskandar duduk termenung di katilnya. 'Aku kenal ramai wanita.
Tapi kenapa wajah Nurin yang fix sangat pada wanita yang selalu muncul
dalam mimpi aku? Nonsense! Isteri oranglah Iskandar! But suami dia masih
belum muncul lagi kan? ' Iskandar tersenyum sendirian bila memikirkan
hatinya goyah pada seorang wanita hamil. Sementara itu, Tengku Alissa
masuk perlahan-lahan dan duduk di sebelah abangnya.
"Abang tak
apa-apa? Er.. Kepala abang sakit ke? Kita pergi klinik jom. Adik
temankan ya," Alissa mengurut-urut bahu Iskandar. Iskandar ketawa kecil.
"Adik, what will you say if i marry with a widow?" bulat mata Alissa mendengarnya.
"Abang,
dalam ramai-ramai wanita, kenapa janda? Abangkan ramai peminat. Ish.
Mengarutla abang ni," kata Alissa. Iskandar baring merenung siling.
Pelbagai soalan bermain di fikirannya ketika itu. 'Baru tanya Lissa.
Belum mama lagi,' bisik hatinya. Alissa baring di sebelah Iskandar.
Dipeluk lengan abangnya. "Bila nak bawa adik jumpa dia?" tanyanya.
"Siapa?"
"Wanita
yang berjaya curi hati abang adik ni. Abang, akak tu dah ada baby?
Nakal tak?" Iskandar mengukir senyuman kemudian mencium dahi adiknya
itu. Alissa gembira jika abangnya gembira. Dia tidak mahu kehilangan
abangnya seperti dulu. Sejarah mungkin berulang lagi.
Sementara itu, Nurin sedang sibuk membuat sarapan. Farah memeluk Nurin
dari belekang. Walaupun baru sebulan mereka tinggal bersama, mereka
sudah begitu serasi bersama. "Akak, duduk. Farah sambung. Akak rehatlah dulu," Farah menarik lembut tangan Nurin mengajak Nurin duduk. Nurin tersenyum.
"Tak
apalah. Biarlah akak buat. Akak dah biasalah," katanya. Farah memaksa
Nurin berehat, kemudian dia menyambung kerja Nurin sebentar tadi. Mereka
bersarapan bersama.
"Farah rasa, Tengku macam dah perasan akak lah,"kata Farah tiba-tiba. Nurin menggeleng.
"Belum lagi rasanya. Tak apalah. Perlahan-lahan. Insya-Allah," kata Nurin tenang. Farah mengangguk setuju.
"Hari ni nak buat apa ya?" tanya Farah. Tiba-tiba telefon bimbit Farah berdering.
"Akak, Tengku!" Nurin menyuruh farah menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum.
Farah, Nurin ada?" tanya Iskandar. Farah menyerahkan telefon bimbitnya
pada Nurin, kemudian dia mendekatkan telinga untuk mendengar perbualan
mereka. Nurin geli hati melihat sifat keanak-anakan Farah.
"Tengku cari saya?" tanya Nurin. Iskandar terdiam mencari kata.
"Tengku?"
"Ya
saya. Maaf. Nurin, free tak sekarang? Teman saya keluar sekejap boleh
tak?" Nurin menggenggam tangan Farah. Farah yang turut mendengarnya
menutup mulutnya sendiri dengan tangan agar dia tidak menjerit.
"Tak
ada apa-apa program lagi. Boleh. Tengku nak ambil pukul berapa ya?"
Iskandar menetapkan masa dan terus mematikan talian. Farah membantu
Nurin bersiap.
Iskandar memakaikan tali pinggang
keselamatan pada Nurin. Seperti yang dilakukannya dulu ketika mereka
hidup bersama. Dan, hanya Nurin yang mengingati memori-memori indah
mereka suami isteri pada ketika ini.
"Tengku, kita nak pergi mana ya?
Maaflah, saya pakai pun ala kadar je. Janganlah Tengku bawa saya pergi
ke tempat mahal-mahal pula ya," kata Nurin. Iskandar tersenyum
mendengarnya. Dia tidak menjawab. Iskandar memberhentikan kereta di
hadapan sebuah kedai baju bayi. Nurin melihat sekeliling.
"Baby
girl ke boy?" tanya Iskandar. Nurin mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Iskandar kembali menghidupkan enjin kereta dan terus memandu tanpa
bersuara. Nurin hairan namun dia hanya membisu.
Kereta berhenti di hadapan sebuah klinik swasta. Nurin merenung Iskandar. "Jom,"
ajak Iskandar lalu keluar dari kereta. Nurin tidak berganjak.
'Abang...' Pintunya dibuka dari luar. Iskandar membantu Nurin keluar
dari kereta. Nurin hanya menurut. Hari itu, buat pertama kalinya, Nurin
scan bayi.
Iskandar kelihatan gembira sekali melihat gambar yang
tertera di skrin. Doktor menerangkan bahagian2 anggota badan bayi
tersebut termasuklah jantina bayi. Menitis air mata Nurin melihat
suaminya begitu. Mungkin suaminya itu sudah mula mengingatinya. Syukur alhamdulillah.
"Baby girl. Sweet. Kita beli baju baby jom," ajak Iskandar.
Di
dalam kereta, Nurin tersenyum sendirian. Iskandar membawa Nurin ke
kedai baju bayi yang mereka singgah sebelum ke klinik tadi. "Awak,
pilihlah yang mana berkenan. Saya belanja baby ni," pelawa Iskandar.
Nurin menarik nafas panjang. 'Ingatkan abang dah ingat Nurin,' bisik
hatinya. Nurin tersenyum. Dibelek baju tidur bayi berwarna pink di
depannya. Iskandar juga suka pada baju tersebut. Nurin melihat pada
harganya. Nurin menggeleng dan terus meletakkan semula baju tersebut.
Kemudian dia berjalan mencari baju lain. Begitu juga dua, tiga pasang
baju bayi yang dibeleknya. Semuanya diletakkan kembali. Iskandar yang
berjalan di belakangnya pula sibuk menyuruh pekerja membuat resit untuk
baju-baju yang diletak semula oleh Nurin tadi. Nurin menoleh ke
belakang. Bulat matanya melihat Iskandar sedang berurusan dengan pekerja
di situ sambil memegang baju-baju yang diletaknya tadi.
"Tengku!
Mahallah baju-baju tu. Saya tak nak!" marah Nurin. Iskandar hanya
tersengih. Nurin keluar dari kedai berkenaan dan tunggu di kereta.
Sepanjang perjalanan, Nurin hanya membisu. Marah lagi dengan tindakan
bodoh Iskandar yang begitu membazir berbelanja. Lebih-lebih lagi,
Iskandar masih belum ingat dan kenal siapa Nurin sebenarnya. 'Kalau 10
wanita reka cerita yang hampir sama dengan kisah hidup aku ini, muflislah
suami aku!' Fikirnya. Iskandar berhenti di depan rumah Farah. Dibukakan
tali pinggang keselamatan Nurin. Dicapai envelop berisi gambar scan bayi
tadi dan dikeluarkan sekeping gambar. Nurin hanya melihat apa yang
ingin Iskandar lakukan.
"Saya nak simpan gambar ni ya. Yang ni
awak simpan," katanya tenang. Iskandar membantu mengangkat barang-barang
yang dibelinya tadi sehingga betul-betul di depan pintu rumah Farah.
"Terima kasih sebab teman saya hari ni. Saya gembira dapat shopping dengan awak,"
"Shopping
barang saya. Erm. Nanti awak potong gaji saya ya. Saya tak mampu nak
bayar sekaligus," kata Nurin dengan nada yang agak dingin kerana masih marahkan Iskandar. Dia mengambil
barang-barang tersebut dan terus masuk ke rumah. Iskandar perasan akan
marahnya. Dia hanya tersenyum.
Nurin mengeluarkan
baju-baju yang dibeli Iskandar. 'Abang tak pernah tak penuhi permintaan
Nurin. Abang sentiasa buat Nurin bahagia. Abang, Nurin cintakan abang.
Terima kasih bang,' bisik hatinya
Farah tersenyum melihat Iskandar sudah berdiri di depan pagar
rumahnya. Dia segera memberitahu Nurin. Nurin mengintai. "Akak tak habis
marah lagi pada dia tau," katanya. Farah hanya tersengih.
"Jom
kak. Kalau akak jual mahal sangat nanti, lambat pula nak kena tunggu
bas," usik Farah. Nurin mencebik. Mereka keluar. Iskandar sudah
tersengih di depan pagar.
"Assalamualaikum. Selamat pagi Tengku. Awal Tengku pergi kerja hari ni," perli Farah.
"Waalaikumsalam.
Ala awak ni Farah. Jangan lah perli saya macam tu. Jom pergi dengan
saya. Risau saya. Kakak awak tu kan tengah sarat," ajaknya.
"Haah.
Yelah. Kalau semua pekerja wanita awak pregnant, bawa lah bas pula amik
mereka kat rumah mereka ya," sindir Nurin. Iskandar ketawa kecil. Dia
membukakan pintu tempat duduk depan untuk Nurin. Nurin duduk di
belakang.
"Tak apalah Farah. Awak duduk depan ya," kata Iskandar.
Farah menurut. Iskandar memandu dengan senyap. Dia tahu Nurin masih
memarahinya. Walau bagaimanapun, Iskandar tetap mahu mendampingi Nurin.
Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Di pejabat, sesuatu yang
tidak dijangka berlaku. Syarikat Iskandar mengalami kerugian yang
mendadak secara tiba-tiba. Iskandar mula naik angin. Semua pekerjanya
menjadi mangsa. Itu salah, ini tak kena. Farah juga masih tidak
berpeluang bersembang dengan Nurin masalah yang sedang melanda ketika
itu. Nurin risau dengan emosi Iskandar.
Waktu rehat telah tiba.
Farah mengajak Nurin segera keluar untuk makan kerana tidak larat mahu
menyambung kerjanya ketika itu. Nurin menolak untuk pergi bersama. Dia
cuma memesan nasi bungkus dan lauk. Farah hanya menurut. Pejabat kosong.
Nurin menjenguk bilik pejabat Iskandar. Kelihatan Iskandar sedang
khusyuk membelek kertas di tempatnya. Nurin mengetuk pintu. Iskandar
menyuruhnya masuk. Nurin melangkah masuk sambil membawa mug berisi kopi
susu. Diserahkan pada Iskandar. Tiada respon. Nurin meletak mug
betul-betul pada tangan Iskandar. Iskandar terdiam. Nurin berdiri di
belakang kerusi Iskandar. Diurut bahu Iskandar.
"Kalau syarikat ni
muflis, awak balik kampung tau. Biar saya tolong cari suami awak," kata
Iskandar tiba-tiba. Nurin tersenyum mendengarnya.
"Saya akan teman awak sampai syarikat awak naik semula walaupun saya ni
cuma tukang bancuh air," kata Nurin tenang. Iskandar cukup selesa dan
tenang bersama Nurin. Sama seperti dalam mimpinya. Ya! Betul tu! Sama
seperti ketika didatangi mimpi-mimpi yang diceritakan pada kawan baiknya
suatu ketika dulu
"Aduh!" Iskandar segera bangun sebaik mendengar Nurin mngaduh. Dia memapahnya perlahan-lahan duduk di sofa.
"Saya
ok je. Baby tendang sikit je," kata Nurin. Iskandar merenung Nurin.
Tiada yang lebih menenangkan selain menatap wajah wanita di hadapannya
itu. Tiba-tiba Nurin mencapai tangan Iskandar. Diletakkan tangan lelaki
itu pada satu bahagian di perutnya. Iskandar terkejut. Kemudian, dia
tersenyum lebar.
"Saya rasa! Saya dapat rasa!" katanya gembira.
Nurin mengangguk. Iskandar melekapkan telinga pada perut Nurin. Kemudian
dia berbisik sesuatu.
"Baby,jangan la tendang mama. Kesian mama
sakit. Kalau baby baik, papa Is belanja aiskrim bila baby dah lahir
nanti ya. Shhh, jangan bagitahu mama tau," Nurin terharu mendengar ayat
Iskandar.
'Abang..Tolonglah ingat Nurin balik. Ini memang anak
abang. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaanmu ini,'
bisik hati Nurin. Iskandar meletakkan kepalanya di atas pangku
Nurin.Ditenung wajah redup Nurin.
"Kalau satu hari nanti, saya jumpa suami awak, saya tak tahulah macam mana nak serahkan awak pada dia," rintih Iskandar.
"Kenapa?" tanya Nurin pura-pura tidak faham. Iskandar memejam mata. 'Sebab saya sayang awak,' bisik hatinya.
"Kejut saya selepas 15minit ya," katanya perlahan. Nurin mengusap rambut Iskandar.
'Nurin dah cakap. Nurin percaya pada cinta kita, bang. Cinta kita sendiri yang akan menyatukan kita,' bisik hatinya.
Farah menceritakan masalah yang melanda syarikat pada Nurin.
"Padanlah tension sangat mukanya tadi," kata Nurin. Farah mengangguk.
"Tak
apalah. Akak makan dulu. Farah nak sambung buat kerja ni. Akak
rehat-rehatlah ya," Farah meninggalkan Nurin sendirian. Nurin membuka bungkusan makanan yang dibeli Farah. Ketika sedang sibuk membuka
bungkusan, pintu bilik rehat diketuk. Iskandar sedang berdiri di depan
pintu memerhatinya.
"Awak nak air ya?" tanya Nurin. Iskandar menggeleng. Kemudian dia mengusap perutnya.
"Lapar,"
alahai. Luluh hatinya melihat wajah suami tercinta sugul dan letih
begitu. Nurin mengajaknya masuk dan menghidang nasi pada Iskandar.
Berselera sungguh. Terasa kenyang melihat keletah suaminya itu.
'Nurin rindu abang,' bisik hatinya.
"Nasib baik akak ada. Akak la penyelamat kami. Seminggu dua ni, emosi
Tengku teruk sangat. Tapi Tengku mesti tenang kalau akak ada.
Kawan-kawan lain pun sedar keadaan tu sekarang. Mereka suka sangat tau
kak. Yelah. Mana tahan kalau hari-hari kena marah," adu Farah. Nurin
hanya mengangguk.
"Yes! We did it!" tiba-tiba kedengaran Iskandar menjerit di luar. Farah memimpin Nurin keluar dari bilik rehat.
Pekerja lain sedang bertepuk tangan gembira. Wajah Iskandar sangat berseri-seri.
"Hujung
minggu ni, kita pergi bercuti. Saya belanja. Kamu bincang lah nak ke
mana," Iskandar menarik tangan Nurin masuk ke bilik pejabatnya.
Didudukkan Nurin di sofa, kemudian dia melekapkan telinga pada perut
Nurin.
"Puteri, terima kasih sangat-sangat. Sebab Puterilah papa
Is tak putus asa. Sebab mama Puterilah, papa Is jadi kuat. Terima kasih
sayang," kucupan penuh kasih sayang hinggap di perut Nurin.
"Puteri?" tanya Nurin hairan. Iskandar mengangguk.
"Tak
apa kan kalau saya bagi nama pada anak awak?" air mata Nurin menitis.
Iskandar duduk menghadapnya. Diseka air mata di pipi Nurin. Tiba-tiba
telefon bimbit Iskandar berdering. Nurin meminta diri untuk keluar.
Iskandar mengangguk.
Firdaus menanti dengan sabar.
'Nurin, kau memang seorang isteri yang tabah dan kuat. Aku kagum dengan
kau,' bisik hatinya. Pada mulanya, memang sukar untuk Firdaus percaya
apa yang diceritakan oleh Iskandar di dalam telefon pagi tadi. Namun,
setelah mendapat sedikit maklumat diri tentang wanita hamil yang
diceritakan oleh Iskandar itu, ditambah dengan perasaan yang timbul
dalam hati kawan baiknya itu pada wanita hamil yang baru dikenalinya
serta mimpi-mimpi yang dialami Iskandar, jika difikir semula, wanita itu
pasti Nurin, isteri Iskandar! 'Jadi Is, the truth is, mimpi-mimpi
engkau tu bukan sekadar mimpi kosong yang pelik, tetapi merupakan memori
kau yang lalu Is. Memori kau. Tak ada siapa boleh pisahkan kalian,
teman. Cinta sejati kalian sangat kukuh.'
"Jauh mengelamun. Fikir
awek mana ni?" tegur Iskandar dari belakang. Firdaus bangun. Nurin
terkejut melihat Firdaus, satu-satunya kawan baik Iskandar yang kenal
dia dan tahu hubungan mereka. Mereka saling berpandangan. Iskandar
berdehem.
"Ni yang malas ni. Awak ni cantik sangatlah. Tak berkedip mata orang tengok awak walaupun tengah hamil," marah Iskandar.
"Nurin.. Sihat?" tanya Firdaus. Nurin mengangguk.
"Macam
nilah bang," kata Nurin. Wajah Iskandar berubah. 'Takkanlah Firdaus ni
suami awak?' bisik hati Iskandar. Dia hanya membisu. Firdaus menjemput
mereka duduk.
"Tak macam muka saya pun," kata Iskandar tiba-tiba.
Dia tidak langsung memandang wajah Firdaus dan Nurin. Sakit hatinya
melihat wajah gembira kedua-dua mereka. Segala kegembiraan yang dirasakannya pagi tadi
atas kejayaan syarikatnya selamat dari muflis hilang sekelip mata.
Firdaus mengangkat kening, hairan dengan kenyataan Iskandar tadi.
"Apa maksud kau?" tanyanya.
"Tak
payahlah nak buat-buat tanya. Kau husband yang Nurin cari,kan? She said
that her husband looks like me. Jauh panggang dari api," tergelak besar
Firdaus mendengarnya. Nurin turut tersenyum. Sakit hati Iskandar
mendengar Firdaus mentertawakannya. Iskandar bangun untuk beredar.
Firdaus segera memegang tangannya. Iskandar merenung mata Firdaus dengan
perasaan benci.
"Dia isteri kau," sebaik terdengar kenyataan tersebut, Nurin tunduk sebak. 'Abang Daus...' Air matanya menitis.
"Kau mengarut apa pula ni?" api kemarahan Iskandar masih marak lagi.
"Dia
isteri kau yang sebenarnya. Bayi dalam kandungan tu, itu anak kau,"
Iskandar terdiam. Dia bingung dengan apa yang disampaikan oleh kawan
baiknya itu. Dia memandang Nurin mengharap sebarang klu darinya. Namun,
Nurin hanya mampu menangis ketika itu. Firdaus membuka cerita. Daripada
detik-detik Iskandar jatuh cinta pada Nurin sehingga apa yang berlaku
sekarang.
"Tengku Marina memang tidak merestui hubungan kalian.
Dia sentiasa mencari jalan untuk memisahkan kalian. Dia berjaya setelah
secara kebetulan, kau hilang ingatan akibat kemalangan hampir 5 bulan
lalu. Dia merahsiakan kewujudan isteri kau. Sebab tulah Is tak balik
Perak dalam masa 5 bulan tu. Abang ada cuba hubungi Nurin tapi setiap
kali abang pergi rumah Nurin, Nurin tak ada di rumah. Telefon bimbit
Nurin?" Nurin menggeleng.
"Nurin dah lama tak tambah nilai kredit
panggilan. Nombor Nurin kena block. Jadi bang, betul kata hati Nurin
yang duduk di depan Nurin ni suami Nurin?" tanya Nurin ingin kepastian.
Firdaus mengangguk. Iskandar memejam mata. Kepalanya terasa pening. Tiba-tiba, bagaikan wayang,
mimpi-mimpinya muncul di depan mata. Begitu juga beberapa peristiwa lain.
"Sayang, abang
pergi sekejap je. Sayang pegang IC abang ya. Kalau sayang pegang Ic
abang, ada lah alasan abang nak balik Perak nanti. Mama tak boleh
halang."
"Kalau abang tak balik, macam mana?" Iskandar mengucup dahi isterinya.
"Abang
akan balik sayang. Janganlah macam ni. Dengar sini. Cinta abang pada
Nurin tak pernah luntur sikit pun sayang. Walau apa pun terjadi, abang
tetap cintakan Nurin. Cinta kita yang akan satukan kita kembali sayang.
Abang sayang Nurin."
Tanpa disedari, air matanya berlinang.
Sebaik membuka mata, Iskandar merenung Nurin. Sebak hatinya memikirkan
usaha-usaha yang Nurin lakukan demi cinta mereka semasa dia masih belum
mengingati isterinya itu sendiri. Dicapai tangan Nurin. Dikucup penuh
kasih sayang. Tersedu-sedu Nurin menangis. Air mata bahagia. Penantiannya sudah berakhir. Iskandar mendakap erat isterinya.
"Maafkan
abang sayang. Abang banyak sakitkan hati Nurin. Semua salah abang.
Abang bodoh sangat. Macam mana abang boleh lupa sayang. Abang suami yang
teruk. Teruk sangat," Iskandar betul-betul kesal dengan dirinya yang
tidak dapat pertahankan cinta mereka dan tewas di tangan mamanya.
Firdaus menepuk bahu Iskandar menenangkannya.
"Bukan salah kau.
Mungkin ini ujian untuk kalian. Cinta kalian baru diuji sedikit dan
terbukti, sangat kukuh. Aku kagum dengan kalian. Nurin, Is, tahniah,
akhirnya kalian dah bersatu," ucap Firdaus.
Alissa duduk di meja makan sendirian. Iskandar baru pulang dari luar. "Abang, teman adik makan. Bosanlah makan sorang-sorang," panggil Alissa. Iskandar menghampirinya.
"Mama mana?" tanyanya sambil meratah lauk di pinggan adik kesayangannya itu. Alissa mencebik.
"Sibuk
shopping barang kahwin abang dengan Kak Fasha lah. Apa lagi. Eh,
sekejap. How about your pregnant girlfriend?" Iskandar tersenyum sinis.
"Adik percaya tak pada cinta sejati?" tanyanya. Alissa hairan dengan soalan tersebut.
"Kenapa bang?" tanyanya.
"Adik, wanita
hamil yang abang ceritakan hari tu adalah isteri abang dan bayi dalam
kandungan tu darah daging abang," Alissa berhenti makan.
"Apa maksud abang?"
Iskandar menarik nafas panjang.
"Adik tahu yang abang pernah berkahwin sebelum kemalangan hari tu?"
Alissa terkejut. Dia segera memeluk
Iskandar.
"Adik minta maaf bang. Adik tahu. Adik bukan tak nak beritahu perkara sebenar, adik cuma tak nak tinggal sendirian di rumah macam dulu. Masa abang kahwin, mama tak suka, abang pergi bersama Kak Nurin. Mama tak pernah hirau adik. Dia lebih utamajan Kak Fasha dari adik. Tolong maafkan adik, bang. Tolong jangan tinggalkan adik lagi. Adik sunyi.
Adik tak nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni," rayu Alissa. Iskandar
memeluk adiknya erat. Dia sedar, sejak dia berkahwin dengan Nurin, dia takkan pulang ke rumah jika tiada urusan penting kerana kasihan pada isterinya yang pasti akan dicaci oleh Tengku Marina. Adiknya sering sendirian di rumah. Ibu mereka
pula sibuk dengan bakal menantu kesayangannya itu sejak dulu lagi.
"Kalau betul abang nak pergi, tolong bawa adik sekali. Adik rayu pada abang. Tolonglah," Rayunya lagi.
"Abang
takkan tinggalkan adik lagi, sayang," pujuknya yang juga merupakan
janji sorang abang pada satu-satunya adik perempuan yang dimilikinya.
"Intan, siapa lagi yang belum datang?" tanya Iskandar. Belum sempat Intan menjawab, seorang wanita muncul di muka pintu bas. "Mana boleh U pergi tanpa I!" katanya. Intan hanya tersenyum sinis pada Nurin. 'Kalau aku kalah dengan orang besar macam dia ni, ok lagi daripada tukang bancuh air macam kau!' bisik hatinya.
"Maaf Fasha. Trip ni untuk staf I je. U bukan staf I," kata Iskandar tegas. Fasha hanya memekakkan telinga dan duduk di satu tempat duduk yang kosong. "Fasha, please.." pekerja lain hanya memerhatinya dengan jelingan tajam. Mereka memang kurang gemar dengan perangai tunang majikan mereka itu.
"I kan bakal isteri U. Apa salahnya I ikut. Nanti dah jadi isteri U, I kena ikut juga,kan?" Iskandar memandang Nurin. Nurin hanya merenung ke luar tingkap. Iskandar tahu isterinya terasa hati dengan kata-kata Fasha. "Up to you lah. Jangan merungut kalau I tak layan U," kata Iskandar kemudian duduk di sebelah Nurin. Fasha terkejut mendengar kata-kata Iskandar dan hairan melihat Iskandar duduk di sebelah Nurin.
"Siapa perempuan tu?"
"Staf Tengku," kata Nurin pantas. "Staf? tukang bancuh air je!" sampuk Intan.
"Intan, awak kenapa nak tinggi-tinggi suara? Bang, boleh gerak dah," kata Iskandar kepada pemandu bas. Fasha duduk dengan masam muka tidak selesa melihat bakal suaminya duduk bersama perempuan lain.
Sepanjang perjalanan, Iskandar menggenggam tangan Nurin. Ada kala Nurin cuba melepaskan tangan, masih cemburu mendengar suaminya bakal suami wanita lain. "Sayang.." bisik Iskandar. Nurin hanya mencebik. "Abang cintakan Nurin," bisiknya lagi kemudian mengucup pipi Nurin. Nurin berpaling merenung wajah suaminya. Ditatap wajah tersebut dengan penuh kasih sayang. Dia percaya akan keteguhan cinta mereka. "Nurin percaya cinta abang pada Nurin kan? Cinta kita, sayang," Nurin mengusap pipi Iskandar. Dia mengangguk. "Maafkan Nurin. Nurin takut kehilangan abang lagi," katanya lembut. Iskandar mengucup tangan isterinya.
"okay, cukup! I dah tak tahan tengok U dengan perempuan ni! Siapa dia?? Hello, Is! She's pregnantlah! Are you blind or what?!" marah Fasha. Iskandar menggenggam tangan Nurin. "Fasha, tak malu ke buat kecoh dalam bas ni? Tak malu dengan staf-staf I?" tegur Iskandar tenang.
"U tu! Tak malu ke berkepit dengan tukang bancuh air tu? U tu majikan! Bakal suami I! Sepatutnya U teman I, bukan perempuan tu! Entah siapa-siapa entah. Pregnant tu, entah-entah pelacur tengah cari pak sanggup," sindir Fasha tajam. Semua tergamam mendengar sindirannya. Nurin tunduk sebak. Sudah lama dia tidak mendengar sindiran tajam seperti itu. Jika dahulu, dia terpaksa mendengar cacian ibu mertuanya. Kini...
Panggg.. Satu tamparan hinggap di pipi Fasha. "I nak, U minta maaf pada Nurin sekarang.." kata Iskandar. Fasha mengusap pipinya. Merah padam mukanya, marah dan malu diperlakukan begitu di hadapan orang ramai. "Disebabkan perempuan ni, U pukul I?" "Kalau U cakap pada Farah pun, I akan tampar U. U kena belajar hormat orang kalau nak orang hormat U. Minta maaf pada Nurin sekarang," Fasha duduk dengan kasar. "Jangan harap!" katanya separa menjerit.
"Farah, ni kunci bilik saya. Tolong bawa Nurin ke bilik dulu ya. Saya ada urusan di kaunter," kata Iskandar. Farah menurut. Di dalam lif, Nurin meminta Farah membawanya ke bilik Farah dan bukan bilik suaminya. "Tapi kak, Tengku dah bagi kunci ni. Lagipun, tak baik ingkar kata suami," Nurin tewas. Dia terpaksa menurut. Sebenarnya, dia cuma masih terasa dengan kata-kata Fasha di dalam bas tadi. Sangat sinis sindirannya.
Tiada aktiviti berat yang dijalankan. Mereka benar-benar santai di resort tersebut. Nurin hanya berehat di bilik. Begitu juga suaminya. Iskandar baring disebelahnya. "Sayang, marah abang lagi?" tanyanya. Nurin menggeleng. "Abang, hina sangat ke Nurin ni sampai mama dan orang lain tak boleh terima Nurin?" menitis air matanya. Iskandar bangun. Didakap erat tubuh isterinya. "Sayang, suatu hari nanti, mereka pasti sedar yang isteri abang ni seorang yang sangat istimewa," dikucup lembut dahi Nurin.
"Mama, ada seorang perempuan ni, melampau betul! Dia dah lah mengandung, ada hati nak rampas Is dari Fasha!" marah Fasha ketika menghubungi Tengku Marina. Tengku Marina terbatuk-batuk kecil. "Fasha, mama betul-betul tak sihat. Maaf. Mama tak dapat fikir apa-apa sekarang ni," adunya. Fasha merungut. "Mama call lah Is suruh dia layan Fasha," rengek Fasha. Tengku Marina masih mengulangi katanya yang dia sedang sakit. Fasha naik angin dan terus mematikan talian. Tengku Marina sedih dengan tingkah laku Fasha. Alissa menggeleng melihat ibunya yang sedang lemah baru selesai bersembang dengan Fasha di talian. "Tengoklah tu macam mana bakal menantu kesayangan mama layan mama ketika mama sakit macam ni," sindir Alissa. Tengku Marina hanya membisu.
Nurin terasa kurang selesa. Pinggangnya terasa sakit. Iskandar terjaga. "Sayang, kenapa ni?" tanyanya. Iskandar segera meminta bantuan daripada pihak resort untuk menghantar isterinya ke hospital setelah melihat isterinya sedang dalam kesakitan. Iskandar menggenggam tangan Nurin dan menemani Nurin sehingga seorang bayi perempuan selamat dilahirkan. Iskandar mengiqamatkan bayi tersebut.
"Assalamualaikum, adik. Buat apa tu?" tanya Iskandar. "Baru masuk bilik. Jaga mama. Mama sakit. Mama tidur je, adik baliklah bilik. Kenapa bang?" Iskandar berkerut dahi. "Mama sakit? Dah bawa pergi klinik check?" Alissa menggeleng. "Mama tak nak. Abang di mana tu? Jangan lupa ole-ole untuk adik tau," kata Alissa sambil baring di atas katilnya. "Abang di hospital ni," Alissa bangun terkejut. "Abang sakit? Hospital mana?" tanyanya bertalu-talu risau akan abangnya. Iskandar menceritakan segalanya pada Alissa. Alissa tumpang gembira mendengar khabar tersebut lebih-lebih lagi, suara abangnya kedengaran gembira yang teramat sangat. "Adik nak lawat, mama tak sihat. Nanti abang bawa kakak balik ya. Adik nak tengok anak saudara adik tu. Siapa namanya?" "Puteri Alya Maisara," jawab Iskandar.
"Intan, mana bos kau? Dari semalam tak nampak. Aku call tak jawab," tanya Fasha marah. Intan menggeleng. "Cubalah tanya abang bas tu kot-kot kita boleh singgah hospital tengok Nurin dengan baby dia," kata seorang pekerja Iskandar. Intan mencuri dengar perbualan mereka. "Tengku mesti bagi. Tengku kan teman Nurin di hospital," "Sweetnya. Ke manalah hilangnya suami dia. Kalau mati, mana kuburnya? Kesian Nurin. Tapi aku tengok, Tengku macam ada hati je pada dia,kan?" kata seorang lagi pekerja. "Aku pun perasan. Tapi aku tak kisah. Tengku selalu akan dapat kawal emosi kalau Nurin ada," "Hey! Apa yang kau orang merepek ni ha?!" tengking Fasha. Intan menenangkannya. Pekerja-pekerja Iskandar tadi segera beredar. Fasha kelihatan sangat marah. 'Kau memang cari nahaslah betina!' bentak hatinya.
Nurin mengusap kepala Iskandar. Iskandar terjaga dari tidur. "Sayang dahaga ke? Nak air?" tanyanya sambil menggosok-gosok matanya. Nurin menggeleng. "Abang, Nurin dah boleh keluar,kan?" tanyanya. Iskandar menggenggam tangan isterinya erat. "Doktor akan check sayang sekejap lagi. Kalau semuanya stabil, sayang dah boleh keluar hospital," Nurin tersenyum riang. Tidak lama kemudian, seorang doktor wanita masuk. Dia check kondisi badan Nurin dan semuanya dalam keadaan baik. Nurin dibenarkan keluar hospital.
"Akak! Maaf tak dapat teman akak. Syukur alhamdulillah semuanya selamat," Farah terus mendakap Nurin sebaik Nurin turun dari teksi. Iskandar sedang mendukung bayi mereka. Beberapa pekerja lain mengucapkan tahniah pada Nurin dan mula mengerumuni Iskandar dan bayinya. "Tengku, diam je baby tu dengan Tengku. Macam dah serasi je," puji seorang pekerja. Iskandar merenung Nurin. Nurin hanya tersenyum. "Jom pergi makan. Siapa yang tak ada lagi ni?" tanya Iskandar. Mereka berpandangan sesama mereka. "Cik Fasha dengan Intan," kata seorang pekerja. Iskandar sengaja memekakkan telinga dan mengajak pekerja-pekerjanya makan. Farah seronok mendukung bayi kakak angkatnya itu. Iskandar pula sibuk menghidang makanan untuk Nurin. Kak Ju, seorang pekerja Iskandar tak putus-putus memberi sedikit maklumat berkainan pantang larang selepas bersalin. Khusyuk Nurin dan Iskandar mendengarnya.
"Minta perhatian. Ada satu perkara yang saya nak berkongsi dengan kalian," panggil Iskandar. Semua pekerjanya memberi perhatian kepadanya. Iskandar melihat wajah Nurin yang sedang mendukung anak mereka. Dia tekad mahu mengumumkan status sebenar Nurin.
"Sebenarnya....Nurin adalah isteri saya yang sah," bulat mata Nurin mendengar pengakuan jujur dari mulut Iskandar. Begitu juga pekerja lain. Mereka mula berpandangan sesama mereka. "Betul. Dia isteri saya. Saya hilang ingatan selepas kemalangan dan tidak pulang ke rumah kami di Perak. Nurin berusaha untuk cari saya. Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang isteri yang setia. Saya bersyukur dikurniakan anak yang comel. Alhamdulillah. Saya masih berpeluang menemani isteri saya melahirkan anak kami dan seterusnya mengiqamadkan Puteri Alya Maisara. Nurin, maafkan abang kerana menyusahkan awak untuk pulihkan ingatan saya," beberapa staf Iskandar tersentuh dengan luahan majikan mereka. "Alhamdulillah. Padanlah apabila Tengku dengan Nurin, eh, Puan Nurin bersama, nampak serasi je," puji Kak Ju. Nurin ketawa kecil. "Tak perlulah panggil puan-puan ni. Panggil Nurin je. Tak apa. Nurin bersyukur sangat dapat jumpa Farah. Kalau tidak, Tak tahulah Nurin sedang merempat di mana sekarang ni. Begitu juga dengan kawan-kawan lain yang dapat terima Nurin seadanya," "Gila! U dah gila! U tunang I! I takkan benarkan perempuan kampung ni rampas U dari I," Fasha meluru cuba menyerang Nurin namun sempat dihalang oleh beberapa pekerja Iskandar. Iskandar menarik tangan Fasha jauh dari Nurin. "U yang gila! Don't U dare touch my wife!" marah Iskandar. Fasha menjerit bagai orang gila kemudian beredar segera. Intan menghampiri Nurin. Dia menggenggam tangan Nurin. "Maaf. Saya tak sepatutnya berkasar dengan awak. Saya tak tahu yang awak...isteri Tengku," katanya mula berlembt dengan Nurin. Nurin hanya mengukir senyuman.
"Adik, mama mana?" tanya Iskandar sebaik tiba di hospital. "Ada kat dalam. Doktor kata mama kena strok," kata Alissa tenang. Iskandar mengangguk faham. Dia memang akui bahawa ibunya itu memang kurang mengambil perhatian tentang kesihatan. Apa yang dia kisahkan kecantikan dan bakal menantu kesayangannya. Alissa membawa Iskandar masuk ke dalam wad ibu mereka. Tengku Marina masih terlantar. Dia tidak mampu bercakap dan bergerak sekarang. Jadi dia bergantung pada pertolongan anak-anaknya serta jururawat yang bertugas.
"Abang, Nurin pun dah habis pantang, biarlah kalau mama nak balik rumah. Nurin boleh tolong jaga," tawar Nurin sambil membuka tali leher suaminya. Iskandar mengucup dahi isterinya. "Abang tak nak susahkan sayang. Cukuplah apa yang sayang lalui sebelum ni," Nurin menggeleng. Dia tetap berkeras untuk menjaga ibu mertuanya di rumah. Iskandar akhirnya akur. Nurin tahu, ibu mertuanya masih belum dapat menerimanya. Namun, dia tetap perlu berusaha untuk memikat hati ibu mertuanya. Tengku Marina tetap nenek kepada puterinya itu. Dia tidak mahu anaknya tidak kenal siapa neneknya sedangkan neneknya masih hidup.
Hampir setahun Nurin tinggal di rumah Tengku Marina. Alissa dan anak saudaranya cukup rapat. Ke mana sahaja dia mahu pergi, pasti akan dibawa Puteri Alya Maisara. Tengku Marina pula msih sedikit dingin terhadap Nurin. Namun Nurin melayannya dengan baik. Disuapkan makan, dimandikan dan macam-macam lagi. "Mama, esok dah raya. Nurin ada belikan mama baju raya. Maaflah kalau tak cantik. Mari kita cuba," ajak Nurin. Tengku Marina hanya mendiamkan diri. 'Dah macam-macam mama buat pada Nurin, Nurin tetap layan mama dengan baik. Maafkan mama,' bisik hatinya. Air matanya menitis ketika Nurin selesai pakaikan baju jubah untuk dipakai esok hari. "Cantiknya," Nurin mengusap pipi ibu mertuanya. Air mata Tengku Marina semakin deras mengalir. Akhirnya Tengku Marina memeluk menantunya dengan penuh kasih sayang. Nurin turut terharu. "Sayang, langsir dah siap.." langkah Iskandar terhenti di muka pintu. Dia tersenyum lega melihat ibunya yang mula lembut hati menerima Nurin sebagai menantu. Begitu lama dinantikan saat indah ini.
Alissa sibuk mengambil gambar anak saudaranya bergaya dengan baju kurung pertamanya di samping nendanya. Sungguh comel. Nurin pula sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang turut dibantu oleh Iskandar. Tiba-tiba telefon bimbit Iskandar berdering. Iskandar menjawabnya. "Is, Fasha masuk wad," kata Firdaus. "Kenapa?" Firdaus menceritakan masalah yang dihadapi Fasha sejak mereka putus tunang. Fasha kerap minum minuman keras dan kini dia mempunyai masalah hati. Dia perlu jalani pembedahan segera namun masih belum jumpa penderma yang sesuai. Sebaik Iskandar mematikan talian, Nurin bertanya kepadanya apa yang merunsingkan suaminya di pagi raya itu. "Nurin darah A. Apa kata Nurin dermakan hati Nurin," bulat mata Iskandar mendengarnya. "No. Tak perlu sayang. Selepas apa yang dia dah cakap pada sayang dulu," "Abang, setiap manusia ada melakukan kesilapan. Termasuk Nurin sendiri. Abang pun,kan? Nurin dah maafkan dia. Insyaallah, jika sesuai, semuanya akan baik. Penderma tak akan terjejas kesihatannya jika badan penderma sihat dan kuat. Isteri abang ni kan kuat," kata Nurin manja. Alissa mendukung Alya. Tengku Marina turun menggeleng tidak setuju. Namun, Nurin tekad untuk membantu. Iskandar dan Nurin pergi ke hospital untuk menguji sama ada Nurin boleh menderma organ atau tidak.
"Is, Insyaallah semuanya pasti akan selamat," kata Firdaus cuba menenangkan kawan baiknya itu. Iskandar mundar mandir di depan bilik pembedahan. Setelah 5jam pembedahan, akhirnya seorang doktor keluar. "Kedua-dua mereka selamat," katanya. Iskandar bersyukur sangat. Dia merasa bangga mempunyai seorang isteri yang sangat baik dan dari dulu, Nurin memang seorang yang disenangi. Itu yang membuatkan dia tertarik pada gadis kampung tersebut. dia terlalu cintakan Nurin dan cintanya adalah cinta sejati. Tidak ada apa yang dapat memisahkan mereka kecuali ajal dan maut yang telah ditentukan oleh Allah.
"Maksu, Puteri nak main dengan adik. Bagilah Puteri dukung adik!" pinta Alya yang kini sudah berusia 4tahun dan lagaknya seperti sudah dewasa. Sungguh bijak dan petah berkata-kata. "Eh.. Mana boleh. Awak tak larat nak dukung adik awak yang tembam ni," "Boleh! Mama bagilah maksu. Kalau tak percaya, maksu tanyalah mama. Mama!" rengek Alya. Iskandar mendukung Alya. "Anak papa ni dah besar ke? Masih hisap susu dalam botol lagi macam adik, dah besarlah ya?" guraunya sambil menggeletek puterinya. Nurin tersenyum melihat keluarganya yang bahagia sambil menolak kerusi roda ibu mertuanya. "Sudah tu. Mari makan buah. Mama dah potong. Alya, cuci tangan dulu. Nanti tunjuk dulu pada nenek,dah bersih betul-betul,baru boleh makan," panggil Tengku Marina yang semakin pulih sambil meletakkan pinggan berisi buah tembikai yang siap dipotong oleh Nurin sebentar tadi.
Sementara itu, Fasha sedang menemani suaminya bekerja di luar kawasan di Sabah. Siapakah gerangan lelaki yang sanggup menerima Fasha menjadi isteri dan melembutkan hati Fasha yang dahulunya keras mahukan Iskandar umpama tiada lagi lelaki lain di dunia ini. "Sayang, nanti kita beli buah tangan untuk anak-anak Is ya," kata Fasha sambil membancuh kopi di dalam bilik hotel untuk suaminya. "Ehem-ehem.. Masih ada hati lagi ke pada ayah mereka?" usik Firdaus. Fasha tersengih lalu menghulurkan kopi yang telah siap dibancuh kepada suaminya. Kemudian duduk di sebelah Firdaus. "Awak dah banyak tahu perangai saya. Saya percaya, awak pasti bencikan Fasha yang dulu, kan? Begitu juga dengan saya. Saya bersyukur awak masih lagi sudi terima saya sebagai teman hidup awak. Saya bersyukur Nurin, yang dahulunya saya benci dan caci sudi memaafkan saya dan bantu saya untuk teruskan hidup. Saya bersyukur Iskandar sudi maafkan saya dan saya juga bersyukur, Mama Marina sudi ampunkan saya atas kesalahan dan keegoan saya yang melampau sehingga tidak mempedulikan perasaan orang lain. Awak, terima kasih. Saya harap, cinta kita adalah Cinta Sejati.. Setulus cinta Adam dan Hawa, sekukuh cinta Nurin dan Iskandar," kata Fasha sebak mengenang dirinya yang dahulunya jahil tidak mengenal erti cinta yang sebenarnya. Firdaus mendakap isterinya erat. 'Orang selalu cakap, kalau kita benci seseorang, satu hari nanti kita mungkin berkahwin dengan orang tersebut. Dan ya. Aku percaya. Orang yang dahulunya aku benci kerana perangainya yang terlalu pentingkan diri dan tidak menghiraukan perasaan orang, sanggup buat apa sahaja untuk penuhi kehendaknya kini telah sah menjadi teman sehidup sematiku. Ya. Cinta itu buta. Aku harap cinta kami cinta sejati seperti Nurin dan Iskandar. Aku bangga kenal kalian wahai sahabat baikku Iskandar dan Nurin'.....
No comments:
Post a Comment