Tuesday, July 3, 2012

Cinta Sejati..

Nurin Syakila merenung ke luar tingkap bas. Terasa sayu mengenang suaminya yang sudah lama tidak pulang ke rumah. ‘Abang kat mana? Kenapa abang menghilang macam ni? Lebih kurang 5 bulan abang tak balik. Tanpa khabar berita. Apa salah Nurin bang?’ rintih hatinya. Tangannya mengusap lembut perutnya yang kian membesar dari hari ke hari. ‘Biarlah apa orang nak cakap, Nurin tetap akan cari abang sampai jumpa. Demi anak kita bang. Insya-Allah, sebelum anak kita lahir, kita pasti bertemu. Nurin sayang abang. Nurin betul- betul cintakan abang. Nurin percaya, kekuatan cinta kita pasti dapat membantu. Nurin akan usaha sedaya upaya. Demi anak kita. Demi cinta kita,’ tekadnya. Bas Transnasional yang dinaikinya berhenti di RnR  Rawang. Beberapa orang penumpang turun untuk ke tandas. Begitu juga Nurin dan gadis berusia awal 20-an yang duduk di sebelahnya di dalam bas.
     Tengku Daniel Iskandar keluar dari biliknya. “Intan, Farah balik dari cuti bila ya?” tanyanya tenang. Setiausahanya itu segera bangun. “Tak tahulah Tengku. Saya dah call dia semalam suruh balik cepat. Kerja dia banyak tertangguh. Lagi-lagi syarikat tengah ada masalah sekarang ni,” rungutnya seperti seorang majikan. Iskandar berkerut dahi. “La..awak janganlah pressure dia. Dia kan baru kehilangan parents. Bagi saya nombor telefon Farah,” Intan mencebik.
     Telefon bimbit Farah berdering. ‘Alamak..telefon pulak orang tua ni,’ bisik hatinya. “Assalamualaikum. Ya Tengku. Saya dah dalam bas ni. Insya-Allah, esok saya masuk kerja,” kata Farah sebaik menjawab panggilan tersebut. “Ish..awak ni Farah.. Tak sempat saya nak tanya khabar, dah meluru je cakapnya. Awak apa khabar? Macam mana kenduri?" tanya Iskandar lembut. Farah hairan. Mana tidaknya. semalam dia diserang setiausaha majikannya itu,Intan. Katanya, Iskandar sudah naik gila di pejabat.Seminggu dia ambil cuti, banyak kerja tertangguh. Syarikat pula sedang mengalami masalah. Tetapi suara majikannya hari ini sangat tenang dan jauh berbeza dari apa yang dibayangkannya setelah Intan menelefonnya semalam. "Farah? Are you still there?" "Ya Tengku. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Tengku," Iskandar memberi kata-kata semangat padanya. Farah benar-benar gembira dengan perhatian yang diberikan oleh majikannya. 'Baik juga bos aku ni,' bisik hatinya.
     Nurin menyeluk poket seluarnya mencari duit. "Alamak, ada di dalam beg pula. Maaf dik, akak tak jadi beli ya. Beg duit dalam bas. Tak larat pula nak naik turun bas. Maaf ya," katanya. Dia betul-betul segan. "Adik, kira sekali ya. Tak apa kak. Dalam bas nanti akak bayarlah semula pada Farah. Farah dahulukan duit Farah dulu ya," Farah membayar makanan ringan yang di letak semula oleh Nurin sebentar tadi. Nurin mengukir senyuman. "Terima kasih ya".
      Sebaik duduk di tempatnya, Nurin mengeluarkan beg duitnya dari beg. "Berapa tadi dik?" tanya Nurin. Farah menghulur plastik berisi makanan ringan yang dibelinya tadi. "Tak payah lah kak. Anggaplah Farah belanja baby tu," kata Farah sambil menjuihkan bibir ke arah perut Nurin. Nurin menggeleng. "Mana boleh macam tu," Farah terkejut melihat gambar seorang lelaki di beg duit Nurin. "Maaf kalau Farah menyibuk. Kak, itu gambar siapa ya?" tanyanya. Nurin mengukir senyuman. Dia mengeluarkan kad pengenalan diri suaminya lalu menghulurkan kepada Farah. "Suami akak," katanya. Farah merenung dan meneliti gambar serta butir diri suami Nurin. "Tengku dah kahwin? Kami tak pernah tahu pun. ish. Tapi ni betul ic Tengku ni," kata Farah tidak percaya. Nurin menggenggam tangan Farah. "Farah kenal suami akak? Dia di mana? Boleh Farah bawa akak berjumpa dengan dia?" Farah hairan. Siapa sebenarnya wanita hamil itu? Apa hubungannya dia dan majikannya? Bagaimana kad pengenalaln majikannya boleh berada di tangan wanita tersebut yang menetap di Perak, sedangkan dia bekerja di Kuala Lumpur? Mustahil boleh hidup di KL tanpa kad pengenalan diri. Farah cuba meminta penjelasan daripada Nurin dan tanpa membuang masa, Nurin segera menceritakan segalanya dari mula sehingga suaminya itu masih belum pulang tanpa berita setelah 5 bulan berlalu.
     Iskandar memicit-micit kepalanya."Serius. Aku betul-betul tak faham. Mimpi ni kerap sangat muncul. That woman is totally not Fasha. I'm so sure," adunya pada Firdaus, kawan baiknya. Firdaus mengangguk. "Kau nampak muka dia?" Iskandar menggeleng. "Blur. Tapi babe, dalam mimpi tu, aku rasa tenang sangat. Dia hugs aku. Bagi kata semangat. Kau pun tau kan syarikat aku tengah ada problem sekarang ni. If aku tension, terlelap, dia akan muncul dalam mimpi aku. Bila aku terjaga dari tidur, aku rasa macam, aku baru luahkan semua masalah pada someone..Lega..Tenang.. but wanita tu cuma muncul dalam mimpi. Aku...Aku dah gila ke ha?" tanya nya. Iskandar menghirup air teh o ais nya. Firdaus menepuk perlahan bahu kawan baiknya itu. Dia berbelah bagi. Setelah dia mendengar cerita dan ciri-ciri wanita yang di gambarkan oleh Iskandar, dia seakan kenal akan wanita tersebut. "Is..aku nak bagitahu sesuatu ni.." "Is!" seorang wanita tiba-tiba memeluk lengan Iskandar. Iskandar hanya tersenyum. "Pandainya bakal menantu mama ni. Faham dah perangai anak mama. Kami baru balik dari spa. Fasha ajak mama makan kat sini. Katanya, ini tempat favourite Is," Tengku Marina memuji-muji bakal menantunya itu. "Mestilah Fasha kena tahu tentang kesukaan bakal suami Fasha ni," Firdaus hanya duduk membisu sambil memerhati drama yang sedang berlaku di depannya. 'Maaf,bro. Aku memang akan bagitahu kau rahsia ni.Tapi bukan seakarang. Insya-Allah. Satu hari nanti,' bisik hatinya.
     "Masuklah kak. Maaf. Rumah kecil je. Ini bilik akak. Tandas kt depan bilik ni. Bilik Farah kat sebelah je," Farah meletakkan beg baju Nurin di atas lantai. Nurin memeluk Farah erat. Dia bersyukur sangat kerana dapat tempat berteduh seselesa itu sementara mencari suaminya. Lagipun, mungkin sekejap sahaja. Urusannya menjadi lebih mudah kerana suaminya adalah majikan Farah. "Terima kasih banyak-banyak Farah. Akak banyak susahkan Farah," kata Nurin. Air matanya menitis terharu akan kebaikan Farah. "Tak apalah kak. Farah tak ada siapa-siapa dah kak. Sunyi. Mak dengan abah dah tak ada. Adik beradik pun tak ada. Saudara mara semua di Perak. Farah gembira sangat sebab akak sudi teman Farah..." malam itu, Farah dan Nurin tidur bersama di bilik Farah.

     “Assalamualaikum. Selamat pagi. Farah, awak sihat?” tanya Iskandar.
“Sihat Tengku. Alhamdulillah. Terima kasih Tengku,” kata Farah. Iskandar mengukir senyuman.
“Tengku, ada orang nak jumpa  Tengku,” kata Farah tiba-tiba. Langkah Iskandar terhenti.
“Siapa?” Iskandar berkerut dahi hairan. Farah memanggil Nurin yang bersembunyi di bilik rehat. Nurin muncul perlahan-lahan. Semua mata pekerja tertumpu padanya. Nurin tidak kisah. Pada ketika itu, dia rasa betul-betul bersyukur. Akhirnya, setelah 5 bulan terpisah, mereka bertemu kembali. Nurin segera memeluk suaminya. Farah tersenyum gembira melihat penyatuan suami isteri tersebut. Alhamdulillah, dapatlah bayi itu lahir dengan sempurna ke dunia ini diiqamat atau diazankan oleh ayah kandungnya.
Terdengar suara-suara yang tertanya-tanya siapa wanita hamil tersebut. Begitu juga Iskandar. Tetapi, pelukan tersebut betul-betul selesa. Seperti yang dirasakannya di dalam mimpi. Iskandar membiarkan wanita tersebut mendakapnya erat. "Abang, kenapa abang tak balik? Nurin buat salah ke bang? Kenapa abang tak pernah telefon Nurin?" tanya Nurin teresak-esak. Iskandar berkerut dahi. "Puan, kenapa ni? Puan cari siapa sebenarnya? Saya rasa puan salah orang ni. Farah, siapa puan ni sebenaranya? Kenapa awak bawa dia jumpa saya? ," kata Iskandar jujur. Sebaik mendengar kata-kata Iskandar, perlahan-lahan Nurin melepaskan pelukan. Iskandar membetulkan kotnya. "Abang... Tak kenal Nurin?" tanya Nurin smbil merenung ke dalam mata Iskandar. Iskandar menggeleng perlahan. Nurin tunduk. Farah segera menghampiri Nurin dan mencapai tangan Nurin. "Akak.." dia cuba menenangkan hati Nurin Iskandar kasihan melihat wanita hamil itu.
"Puan, mari masuk bilik saya sebentar," ajak Iskandar sambil melangkah menuju ke biliknya. Farah menggenggam tangan Nurin memberi sokonagan. Nurin menurut. "Tak ada apa-apa. Sambung kerja masing-masing ya. Puan, jemput masuk," ajak Iskandar mesra. Nurin melangkah masuk ke bilik pejabat Iskandar. Besar. Mungkin segan nak mengaku aku di depan pekerjanya tadi.
     "Jemput duduk, puan," Nurin hanya berdiri. Tunduk merenung lantai. Pelbagai persoalan bermain di kepalanya ketika itu."Abang malu nak mengaku Nurin isteri abang kan tadi?" tanyanya perlahan.Air matanya menitis. Iskandar betul-betul tidak faham. Siapa wanita hamil ni? Apa pula drama yang dia lakonkan ni?
Tiada jawapan. Nurin mengangkat kepalanya. Direnung wajah Iskandar. Lelaki itu kelihatan sedang bingung.
"Maaf, Tengku. Mungkin..mungkin betul kata Tengku. Saya salah orang agaknya. Wajah Tengku mirip sangat dengan suami saya," Iskandar mengangguk. Dia tersenyum lega. Teka-tekinya terjawab juga.
"Pelanduk dua serupa agaknya. Puan, duduklah. Mesti penat. Baby tu. Mesti berat,kan?" pujuk Iskandar. Nurin menurut. Di kepalanya, dia sedang sibuk merangka rencana.
     "Agak-agaknyalah Tengku, boleh tak kalau saya bekerja di sini?" tanya Nurin. Iskandar membuka kotnya. "Puan bawa sijil?" tanya Iskandar tenang. Nurin menggeleng. Iskandar berkerut dahi.
"Panggil Nurin je. Tujuan saya datang KL ni untuk cari suami saya. Saya ingat saya cukup bertuah dapat jumpa suami saya di sini. Rupa-rupanya..sangkaan saya meleset. Saya sebenarnya tida]ak merancang untuk cari kerja. Lagipun Tengku, saya tak berkelulusan tinggi. Dapat kerja bancuh air pun tak apa. Sementara belum jumpa suami saya ni, lepaslah duit makan dan sewa rumah. Takkanlah saya nak tumpang percuma sahaja di rumah Farah," Iskandar hanya terdiam. Otaknya ligat memikir permintaan Nurin. "Tempat lain pasti tak akan terima saya bekerja. Saya hamil. Tengku, gaji rendah pun tak apa. Pandailah saya mengurus wang ketika tengah susah-susah macam ni," kasihan pula dia mendengarnya. Setelah berfikir seketika, Iskandar akhirnya setuju. Betul juga. Pasti tiada siapa yang akan mengambil wanita hamil itu bekerja.
"Baiklah. Saya terima awak bekerja di sini. Jangan buat kerja berat-berat ya. Bancuh air jika perlu je. Kalau tak ada kerja, awak rehat je ya di bilik rehat," pesan Iskandar. Nurin tersenyum gembira. "Terima kasih Tengku." 'Abang, Nurin kenal abang. Nurin percaya, satu hari nanti Allah akan buka pintu hati abang dan pulangkan semula ingatan abang pada Nurin. Nurin janji bang. Demi cinta kita. Demi anak kita' bisik hati Nurin.
     "Akak duduk di rumah je lah kak. Kesian akak, penat nanti," pujuk Farah. Nurin mengukir senyuman.
"Akak percaya. Itu suami akak. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan dia lupa pada akak," Farah menggenggam tangan Nurin. "Akak, Farah akan sentiasa sokong akak".
"Amboi..Baru mula kerja dah nak curi tulang ya. Aku report pada bos nanti, baru tahu. Kau tak ada kerja ke Farah? Eh perempuan, bancuh teh o untuk bos dan kopi o untuk aku," arah Intan sebaik masuk ke bilik rehat. Farah ingin memarahi Intan namun Nurin menghalang.
"Baik. Nanti Saya hantarkan," kata Nurin lembut.
"Dah tentulah! Takkan aku nak ambil pula." kata Intan sombong lalu beredar. Farah menggeleng.Nurin menyuruhnya menyambung kerja. Farah hanya menurut. Nurin membancuh kopi o untuk Intan dan kopi susu untuk Iskandar.
     "Saya rasa saya pesan teh o pada Intan tadi. Dia salah sampaikan pada awak ke?," Nurin menggeleng. Dia menghulur mug berisi kopi susu pada Iskandar. Iskandar menyambut.
"Saya bukan apa. Sebenarnya saya tak suka susu. Kopi pun tak minum sangat," terang Iskandar. Nurin tersenyum. "Saya tahu. Tengku rasa dulu. Saya yakin Tengku pasti suka," Iskandar perlahan-lahan menghirup kopi susu tersebut. Kemudian, dia menghirup sedikit lagi. Nurin tersenyum puas. Tepat jangkaannya.
'Sama seperti dulu bang. Sama sangat semasa Nurin hidangkan air ni pada abang setelah kita sah menjadi suami isteri dulu. Nurin tahu ini abang. Nurin akan buat sampai abang ingat Nurin,' bisik hatinya. Iskandar tersenyum riang. Dia betul-betul tidak sangka rasa kopi susu sangat sedap. "Sedap sangat! Saya tak pernah minum pun air sesedap ni. Lepas ni, awak bancuhkan saya air ni je ya. Terima kasih," Iskandar menghirup kopi susu tersebut dengan perasaan yang sangat gembira. 'Siapa wanita ni sebenarnya ya?' bisik hatinya.

     Iskandar duduk termenung di katilnya. 'Aku kenal ramai wanita. Tapi kenapa wajah Nurin yang fix sangat pada wanita yang selalu muncul dalam mimpi aku? Nonsense! Isteri oranglah Iskandar! But suami dia masih belum muncul lagi kan? ' Iskandar tersenyum sendirian bila memikirkan hatinya goyah pada seorang wanita hamil. Sementara itu, Tengku Alissa masuk perlahan-lahan dan duduk di sebelah abangnya.
"Abang tak apa-apa? Er.. Kepala abang sakit ke? Kita pergi klinik jom. Adik temankan ya," Alissa mengurut-urut bahu Iskandar. Iskandar ketawa kecil.
"Adik, what will you say if i marry with a widow?" bulat mata Alissa mendengarnya.
"Abang, dalam ramai-ramai wanita, kenapa janda? Abangkan ramai peminat. Ish. Mengarutla abang ni," kata Alissa. Iskandar baring merenung siling. Pelbagai soalan bermain di fikirannya ketika itu. 'Baru tanya Lissa. Belum mama lagi,' bisik hatinya. Alissa baring di sebelah Iskandar. Dipeluk lengan abangnya. "Bila nak bawa adik jumpa dia?" tanyanya.
"Siapa?"
"Wanita yang berjaya curi hati abang adik ni. Abang, akak tu dah ada baby? Nakal tak?" Iskandar mengukir senyuman kemudian mencium dahi adiknya itu. Alissa gembira jika abangnya gembira. Dia tidak mahu kehilangan abangnya seperti dulu. Sejarah mungkin berulang lagi.
     Sementara itu, Nurin sedang sibuk membuat sarapan. Farah memeluk Nurin dari belekang. Walaupun baru sebulan mereka tinggal bersama, mereka sudah begitu serasi bersama. "Akak, duduk. Farah sambung. Akak rehatlah dulu," Farah menarik lembut tangan Nurin mengajak Nurin duduk. Nurin tersenyum.
"Tak apalah. Biarlah akak buat. Akak dah biasalah," katanya. Farah memaksa Nurin berehat, kemudian dia menyambung kerja Nurin sebentar tadi. Mereka bersarapan bersama.
"Farah rasa, Tengku macam dah perasan akak lah,"kata Farah tiba-tiba. Nurin menggeleng.
"Belum lagi rasanya. Tak apalah. Perlahan-lahan. Insya-Allah," kata Nurin tenang. Farah mengangguk setuju.
"Hari ni nak buat apa ya?" tanya Farah. Tiba-tiba telefon bimbit Farah berdering.
"Akak, Tengku!" Nurin menyuruh farah menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum. Farah, Nurin ada?" tanya Iskandar. Farah menyerahkan telefon bimbitnya pada Nurin, kemudian dia mendekatkan telinga untuk mendengar perbualan mereka. Nurin geli hati melihat sifat keanak-anakan Farah.
"Tengku cari saya?" tanya Nurin. Iskandar terdiam mencari kata.
"Tengku?"
"Ya saya. Maaf. Nurin, free tak sekarang? Teman saya keluar sekejap boleh tak?" Nurin menggenggam tangan Farah. Farah yang turut mendengarnya menutup mulutnya sendiri dengan tangan agar dia tidak menjerit.
"Tak ada apa-apa program lagi. Boleh. Tengku nak ambil pukul berapa ya?" Iskandar menetapkan masa dan terus mematikan talian. Farah membantu Nurin bersiap.
     Iskandar memakaikan tali pinggang keselamatan pada Nurin. Seperti yang dilakukannya dulu ketika mereka hidup bersama. Dan, hanya Nurin yang mengingati memori-memori indah mereka suami isteri pada ketika ini.
"Tengku, kita nak pergi mana ya? Maaflah, saya pakai pun ala kadar je. Janganlah Tengku bawa saya pergi ke tempat mahal-mahal pula ya," kata Nurin. Iskandar tersenyum mendengarnya. Dia tidak menjawab. Iskandar memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai baju bayi. Nurin melihat sekeliling.
"Baby girl ke boy?" tanya Iskandar. Nurin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Iskandar kembali menghidupkan enjin kereta dan terus memandu tanpa bersuara. Nurin hairan namun dia hanya membisu.
     Kereta berhenti di hadapan sebuah klinik swasta. Nurin merenung Iskandar. "Jom," ajak Iskandar lalu keluar dari kereta. Nurin tidak berganjak. 'Abang...' Pintunya dibuka dari luar. Iskandar membantu Nurin keluar dari kereta. Nurin hanya menurut. Hari itu, buat pertama kalinya, Nurin scan bayi.
Iskandar kelihatan gembira sekali melihat gambar yang tertera di skrin. Doktor menerangkan bahagian2 anggota badan bayi tersebut termasuklah jantina bayi. Menitis air mata Nurin melihat suaminya begitu. Mungkin suaminya itu sudah mula mengingatinya. Syukur alhamdulillah.
"Baby girl. Sweet. Kita beli baju baby jom," ajak Iskandar.
     Di dalam kereta, Nurin tersenyum sendirian. Iskandar membawa Nurin ke kedai baju bayi yang mereka singgah sebelum ke klinik tadi. "Awak, pilihlah yang mana berkenan. Saya belanja baby ni," pelawa Iskandar. Nurin menarik nafas panjang. 'Ingatkan abang dah ingat Nurin,' bisik hatinya. Nurin tersenyum. Dibelek baju tidur bayi berwarna pink di depannya. Iskandar juga suka pada baju tersebut. Nurin melihat pada harganya. Nurin menggeleng dan terus meletakkan semula baju tersebut. Kemudian dia berjalan mencari baju lain. Begitu juga dua, tiga pasang baju bayi yang dibeleknya. Semuanya diletakkan kembali. Iskandar yang berjalan di belakangnya pula sibuk menyuruh pekerja membuat resit untuk baju-baju yang diletak semula oleh Nurin tadi. Nurin menoleh ke belakang. Bulat matanya melihat Iskandar sedang berurusan dengan pekerja di situ sambil memegang baju-baju yang diletaknya tadi.
"Tengku! Mahallah baju-baju tu. Saya tak nak!" marah Nurin. Iskandar hanya tersengih. Nurin keluar dari kedai berkenaan dan tunggu di kereta.
     Sepanjang perjalanan, Nurin hanya membisu. Marah lagi dengan tindakan bodoh Iskandar yang begitu membazir berbelanja. Lebih-lebih lagi, Iskandar masih belum ingat dan kenal siapa Nurin sebenarnya. 'Kalau 10 wanita reka cerita yang hampir sama dengan kisah hidup aku ini, muflislah suami aku!' Fikirnya. Iskandar berhenti di depan rumah Farah. Dibukakan tali pinggang keselamatan Nurin. Dicapai envelop berisi gambar scan bayi tadi dan dikeluarkan sekeping gambar. Nurin hanya melihat apa yang ingin Iskandar lakukan.
"Saya nak simpan gambar ni ya. Yang ni awak simpan," katanya tenang. Iskandar membantu mengangkat barang-barang yang dibelinya tadi sehingga betul-betul di depan pintu rumah Farah.
"Terima kasih sebab teman saya hari ni. Saya gembira dapat shopping dengan awak,"
"Shopping barang saya. Erm. Nanti awak potong gaji saya ya. Saya tak mampu nak bayar sekaligus," kata Nurin dengan nada yang agak dingin kerana masih marahkan Iskandar. Dia mengambil barang-barang tersebut dan terus masuk ke rumah. Iskandar perasan akan marahnya. Dia hanya tersenyum.
     Nurin mengeluarkan baju-baju yang dibeli Iskandar. 'Abang tak pernah tak penuhi permintaan Nurin. Abang sentiasa buat Nurin bahagia. Abang, Nurin cintakan abang. Terima kasih bang,' bisik hatinya

Farah tersenyum melihat Iskandar sudah berdiri di depan pagar rumahnya. Dia segera memberitahu Nurin. Nurin mengintai. "Akak tak habis marah lagi pada dia tau," katanya. Farah hanya tersengih.
"Jom kak. Kalau akak jual mahal sangat nanti, lambat pula nak kena tunggu bas," usik Farah. Nurin mencebik. Mereka keluar. Iskandar sudah tersengih di depan pagar.
"Assalamualaikum. Selamat pagi Tengku. Awal Tengku pergi kerja hari ni," perli Farah.
"Waalaikumsalam. Ala awak ni Farah. Jangan lah perli saya macam tu. Jom pergi dengan saya. Risau saya. Kakak awak tu kan tengah sarat," ajaknya.
"Haah. Yelah. Kalau semua pekerja wanita awak pregnant, bawa lah bas pula amik mereka kat rumah mereka ya," sindir Nurin. Iskandar ketawa kecil. Dia membukakan pintu tempat duduk depan untuk Nurin. Nurin duduk di belakang.
"Tak apalah Farah. Awak duduk depan ya," kata Iskandar. Farah menurut. Iskandar memandu dengan senyap. Dia tahu Nurin masih memarahinya. Walau bagaimanapun, Iskandar tetap mahu mendampingi Nurin. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
     Di pejabat, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Syarikat Iskandar mengalami kerugian yang mendadak secara tiba-tiba. Iskandar mula naik angin. Semua pekerjanya menjadi mangsa. Itu salah, ini tak kena. Farah juga masih tidak berpeluang bersembang dengan Nurin masalah yang sedang melanda ketika itu. Nurin risau dengan emosi Iskandar.
     Waktu rehat telah tiba. Farah mengajak Nurin segera keluar untuk makan kerana tidak larat mahu menyambung kerjanya ketika itu. Nurin menolak untuk pergi bersama. Dia cuma memesan nasi bungkus dan lauk. Farah hanya menurut. Pejabat kosong. Nurin menjenguk bilik pejabat Iskandar. Kelihatan Iskandar sedang khusyuk membelek kertas di tempatnya. Nurin mengetuk pintu. Iskandar menyuruhnya masuk. Nurin melangkah masuk sambil membawa mug berisi kopi susu. Diserahkan pada Iskandar. Tiada respon. Nurin meletak mug betul-betul pada tangan Iskandar. Iskandar terdiam. Nurin berdiri di belakang kerusi Iskandar. Diurut bahu Iskandar.
"Kalau syarikat ni muflis, awak balik kampung tau. Biar saya tolong cari suami awak," kata Iskandar tiba-tiba. Nurin tersenyum mendengarnya.
"Saya akan teman awak sampai syarikat awak naik semula walaupun saya ni cuma tukang bancuh air," kata Nurin tenang. Iskandar cukup selesa dan tenang bersama Nurin. Sama seperti dalam mimpinya. Ya! Betul tu! Sama seperti ketika didatangi mimpi-mimpi yang diceritakan pada kawan baiknya suatu ketika dulu
"Aduh!" Iskandar segera bangun sebaik mendengar Nurin mngaduh. Dia memapahnya perlahan-lahan duduk di sofa.
"Saya ok je. Baby tendang sikit je," kata Nurin. Iskandar merenung Nurin. Tiada yang lebih menenangkan selain menatap wajah wanita di hadapannya itu. Tiba-tiba Nurin mencapai tangan Iskandar. Diletakkan tangan lelaki itu pada satu bahagian di perutnya. Iskandar terkejut. Kemudian, dia tersenyum lebar.
"Saya rasa! Saya dapat rasa!" katanya gembira. Nurin mengangguk. Iskandar melekapkan telinga pada perut Nurin. Kemudian dia berbisik sesuatu.
"Baby,jangan la tendang mama. Kesian mama sakit. Kalau baby baik, papa Is belanja aiskrim bila baby dah lahir nanti ya. Shhh, jangan bagitahu mama tau," Nurin terharu mendengar ayat Iskandar.
'Abang..Tolonglah ingat Nurin balik. Ini memang anak abang. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaanmu ini,' bisik hati Nurin. Iskandar meletakkan kepalanya di atas pangku Nurin.Ditenung wajah redup Nurin.
"Kalau satu hari nanti, saya jumpa suami awak, saya tak tahulah macam mana nak serahkan awak pada dia," rintih Iskandar.
"Kenapa?" tanya Nurin pura-pura tidak faham. Iskandar memejam mata. 'Sebab saya sayang awak,' bisik hatinya.
"Kejut saya selepas 15minit ya," katanya perlahan. Nurin mengusap rambut Iskandar.
'Nurin dah cakap. Nurin percaya pada cinta kita, bang. Cinta kita sendiri yang akan menyatukan kita,' bisik hatinya.
     Farah menceritakan masalah yang melanda syarikat pada Nurin.
"Padanlah tension sangat mukanya tadi," kata Nurin. Farah mengangguk.
"Tak apalah. Akak makan dulu. Farah nak sambung buat kerja ni. Akak rehat-rehatlah ya," Farah meninggalkan Nurin sendirian. Nurin membuka bungkusan makanan yang dibeli Farah. Ketika sedang sibuk membuka bungkusan, pintu bilik rehat diketuk. Iskandar sedang berdiri di depan pintu memerhatinya.
"Awak nak air ya?" tanya Nurin. Iskandar menggeleng. Kemudian dia mengusap perutnya.
"Lapar," alahai. Luluh hatinya melihat wajah suami tercinta sugul dan letih begitu. Nurin mengajaknya masuk dan menghidang nasi pada Iskandar. Berselera sungguh. Terasa kenyang melihat keletah suaminya itu.
'Nurin rindu abang,' bisik hatinya.

     "Nasib baik akak ada. Akak la penyelamat kami. Seminggu dua ni, emosi Tengku teruk sangat. Tapi Tengku mesti tenang kalau akak ada. Kawan-kawan lain pun sedar keadaan tu sekarang. Mereka suka sangat tau kak. Yelah. Mana tahan kalau hari-hari kena marah," adu Farah. Nurin hanya mengangguk.
    "Yes! We did it!" tiba-tiba kedengaran Iskandar menjerit di luar. Farah memimpin Nurin keluar dari bilik rehat.
Pekerja lain sedang bertepuk tangan gembira. Wajah Iskandar sangat berseri-seri.
"Hujung minggu ni, kita pergi bercuti. Saya belanja. Kamu bincang lah nak ke mana," Iskandar menarik tangan Nurin masuk ke bilik pejabatnya. Didudukkan Nurin di sofa, kemudian dia melekapkan telinga pada perut Nurin.
"Puteri, terima kasih sangat-sangat. Sebab Puterilah papa Is tak putus asa. Sebab mama Puterilah, papa Is jadi kuat. Terima kasih sayang," kucupan penuh kasih sayang hinggap di perut Nurin.
"Puteri?" tanya Nurin hairan. Iskandar mengangguk.
"Tak apa kan kalau saya bagi nama pada anak awak?"  air mata Nurin menitis. Iskandar duduk menghadapnya. Diseka air mata di pipi Nurin. Tiba-tiba telefon bimbit Iskandar berdering. Nurin meminta diri untuk keluar. Iskandar mengangguk.
     Firdaus menanti dengan sabar. 'Nurin, kau memang seorang isteri yang tabah dan kuat. Aku kagum dengan kau,' bisik hatinya. Pada mulanya, memang sukar untuk Firdaus percaya apa yang diceritakan oleh Iskandar di dalam telefon pagi tadi. Namun, setelah mendapat sedikit maklumat diri tentang wanita hamil yang diceritakan oleh Iskandar itu, ditambah dengan perasaan yang timbul dalam hati kawan baiknya itu pada wanita hamil yang baru dikenalinya serta mimpi-mimpi yang dialami Iskandar, jika difikir semula, wanita itu pasti Nurin, isteri Iskandar! 'Jadi Is, the truth is, mimpi-mimpi engkau tu bukan sekadar mimpi kosong yang pelik, tetapi merupakan memori kau yang lalu Is. Memori kau. Tak ada siapa boleh pisahkan kalian, teman. Cinta sejati kalian sangat kukuh.'
"Jauh mengelamun. Fikir awek mana ni?" tegur Iskandar dari belakang. Firdaus bangun. Nurin terkejut melihat Firdaus, satu-satunya kawan baik Iskandar yang kenal dia dan tahu hubungan mereka. Mereka saling berpandangan. Iskandar berdehem.
"Ni yang malas ni. Awak ni cantik sangatlah. Tak berkedip mata orang tengok awak walaupun tengah hamil," marah Iskandar.
"Nurin.. Sihat?" tanya Firdaus. Nurin mengangguk.
"Macam nilah bang," kata Nurin. Wajah Iskandar berubah. 'Takkanlah Firdaus ni suami awak?' bisik hati Iskandar. Dia hanya membisu. Firdaus menjemput mereka duduk.
"Tak macam muka saya pun," kata Iskandar tiba-tiba. Dia tidak langsung memandang wajah Firdaus dan Nurin. Sakit hatinya melihat wajah gembira kedua-dua mereka. Segala kegembiraan yang dirasakannya pagi tadi atas kejayaan syarikatnya selamat dari muflis hilang sekelip mata. Firdaus mengangkat kening, hairan dengan kenyataan Iskandar tadi.
"Apa maksud kau?" tanyanya.
"Tak payahlah nak buat-buat tanya. Kau husband yang Nurin cari,kan? She said that her husband looks like me. Jauh panggang dari api," tergelak besar Firdaus mendengarnya. Nurin turut tersenyum. Sakit hati Iskandar mendengar Firdaus mentertawakannya. Iskandar bangun untuk beredar. Firdaus segera memegang tangannya. Iskandar merenung mata Firdaus dengan perasaan benci.
"Dia isteri kau," sebaik terdengar kenyataan tersebut, Nurin tunduk sebak. 'Abang Daus...' Air matanya menitis.
"Kau mengarut apa pula ni?" api kemarahan Iskandar masih marak  lagi.
"Dia isteri kau yang sebenarnya. Bayi dalam kandungan tu, itu anak kau," Iskandar terdiam. Dia bingung dengan apa yang disampaikan oleh kawan baiknya itu. Dia memandang Nurin mengharap sebarang klu darinya. Namun, Nurin hanya mampu menangis ketika itu. Firdaus membuka cerita. Daripada detik-detik Iskandar jatuh cinta pada Nurin sehingga apa yang berlaku sekarang.
"Tengku Marina memang tidak merestui hubungan kalian. Dia sentiasa mencari jalan untuk memisahkan kalian. Dia berjaya setelah secara kebetulan, kau hilang ingatan akibat kemalangan hampir 5 bulan lalu. Dia merahsiakan kewujudan isteri kau. Sebab tulah Is tak balik Perak dalam masa 5 bulan tu. Abang ada cuba hubungi Nurin tapi setiap kali abang pergi rumah Nurin, Nurin tak ada di rumah. Telefon bimbit Nurin?" Nurin menggeleng.
"Nurin dah lama tak tambah nilai kredit panggilan. Nombor Nurin kena block. Jadi bang, betul kata hati Nurin yang duduk di depan Nurin ni suami Nurin?" tanya Nurin ingin kepastian. Firdaus mengangguk. Iskandar memejam mata. Kepalanya terasa pening. Tiba-tiba, bagaikan wayang, mimpi-mimpinya muncul di depan mata. Begitu juga beberapa peristiwa lain.
"Sayang, abang pergi sekejap je. Sayang pegang IC abang ya. Kalau sayang pegang Ic abang, ada lah alasan abang nak balik Perak nanti. Mama tak boleh halang."
"Kalau abang tak balik, macam mana?" Iskandar mengucup dahi isterinya.
"Abang akan balik sayang. Janganlah macam ni. Dengar sini. Cinta abang pada Nurin tak pernah luntur sikit pun  sayang. Walau apa pun terjadi, abang tetap cintakan Nurin. Cinta kita yang akan satukan kita kembali sayang. Abang sayang Nurin."
Tanpa disedari, air matanya berlinang. Sebaik membuka mata, Iskandar merenung Nurin. Sebak hatinya memikirkan usaha-usaha yang Nurin lakukan demi cinta mereka semasa dia masih belum mengingati isterinya itu sendiri. Dicapai tangan Nurin. Dikucup penuh kasih sayang. Tersedu-sedu Nurin menangis. Air mata bahagia. Penantiannya sudah berakhir. Iskandar mendakap erat isterinya. 
"Maafkan abang sayang. Abang banyak sakitkan hati Nurin. Semua salah abang. Abang bodoh sangat. Macam mana abang boleh lupa sayang. Abang suami yang teruk. Teruk sangat," Iskandar betul-betul kesal dengan dirinya yang tidak dapat pertahankan cinta mereka dan tewas di tangan mamanya. Firdaus menepuk bahu Iskandar menenangkannya.
"Bukan salah kau. Mungkin ini ujian untuk kalian. Cinta kalian baru diuji sedikit dan terbukti, sangat kukuh. Aku kagum dengan kalian. Nurin, Is, tahniah, akhirnya kalian dah bersatu," ucap Firdaus.
     Alissa duduk di meja makan sendirian. Iskandar baru pulang dari luar. "Abang, teman adik makan. Bosanlah makan sorang-sorang," panggil Alissa. Iskandar menghampirinya.
"Mama mana?" tanyanya sambil meratah lauk di pinggan adik kesayangannya itu. Alissa mencebik.
"Sibuk shopping barang kahwin abang dengan Kak Fasha lah. Apa lagi. Eh, sekejap. How about your pregnant girlfriend?" Iskandar tersenyum sinis.
"Adik percaya tak pada cinta sejati?" tanyanya. Alissa hairan dengan soalan tersebut.
"Kenapa bang?" tanyanya.
"Adik, wanita hamil yang abang ceritakan hari tu adalah isteri abang dan bayi dalam kandungan tu darah daging abang," Alissa berhenti makan.
"Apa maksud abang?"
Iskandar menarik nafas panjang.
"Adik tahu yang abang pernah berkahwin sebelum kemalangan hari tu?"
Alissa terkejut. Dia segera memeluk Iskandar.
"Adik minta maaf bang. Adik tahu. Adik bukan tak nak beritahu perkara sebenar, adik cuma tak nak tinggal sendirian di rumah macam dulu. Masa abang kahwin, mama tak suka, abang pergi bersama Kak Nurin. Mama tak pernah hirau adik. Dia lebih utamajan Kak Fasha dari adik. Tolong maafkan adik, bang. Tolong jangan tinggalkan adik lagi. Adik sunyi. Adik tak nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni," rayu Alissa. Iskandar memeluk adiknya erat. Dia sedar, sejak dia berkahwin dengan Nurin, dia takkan pulang ke rumah jika tiada urusan penting kerana kasihan pada isterinya yang pasti akan dicaci oleh Tengku Marina. Adiknya sering sendirian di rumah. Ibu mereka pula sibuk dengan bakal menantu kesayangannya itu sejak dulu lagi.
"Kalau betul abang nak pergi, tolong bawa adik sekali. Adik rayu pada abang. Tolonglah," Rayunya lagi.
"Abang takkan tinggalkan adik lagi, sayang," pujuknya yang juga merupakan janji sorang abang pada satu-satunya adik perempuan yang dimilikinya.

      "Intan, siapa lagi yang belum datang?" tanya Iskandar. Belum sempat Intan menjawab, seorang wanita muncul di muka pintu bas. "Mana boleh U pergi tanpa I!" katanya. Intan hanya tersenyum sinis pada Nurin. 'Kalau aku kalah dengan orang besar macam dia ni, ok lagi daripada tukang bancuh air macam kau!' bisik hatinya.
"Maaf Fasha. Trip ni untuk staf I je. U bukan staf I," kata Iskandar tegas. Fasha hanya memekakkan telinga dan duduk di satu tempat duduk yang kosong. "Fasha, please.." pekerja lain hanya memerhatinya dengan jelingan tajam. Mereka memang kurang gemar dengan perangai tunang majikan mereka itu.
"I kan bakal isteri U. Apa salahnya I ikut. Nanti dah jadi isteri U, I kena ikut juga,kan?" Iskandar memandang Nurin. Nurin hanya merenung ke luar tingkap. Iskandar tahu isterinya terasa hati dengan kata-kata Fasha. "Up to you lah. Jangan merungut kalau I tak layan U," kata Iskandar kemudian duduk di sebelah Nurin. Fasha terkejut mendengar kata-kata Iskandar dan hairan melihat Iskandar duduk di sebelah Nurin.
"Siapa perempuan tu?"
"Staf Tengku," kata Nurin pantas. "Staf? tukang bancuh air je!" sampuk Intan.
"Intan, awak kenapa nak tinggi-tinggi suara? Bang, boleh gerak dah," kata Iskandar kepada pemandu bas. Fasha duduk dengan masam muka tidak selesa melihat bakal suaminya duduk bersama perempuan lain.
     Sepanjang perjalanan, Iskandar menggenggam tangan Nurin. Ada kala Nurin cuba melepaskan tangan, masih cemburu mendengar suaminya bakal suami wanita lain. "Sayang.." bisik Iskandar. Nurin hanya mencebik. "Abang cintakan Nurin," bisiknya lagi kemudian mengucup pipi Nurin. Nurin berpaling merenung wajah suaminya. Ditatap wajah tersebut dengan penuh kasih sayang. Dia percaya akan keteguhan cinta mereka. "Nurin percaya cinta abang pada Nurin kan? Cinta kita, sayang," Nurin mengusap pipi Iskandar. Dia mengangguk. "Maafkan Nurin. Nurin takut kehilangan abang lagi," katanya lembut. Iskandar mengucup tangan isterinya.
"okay, cukup! I dah tak tahan tengok U dengan perempuan ni! Siapa dia?? Hello, Is! She's pregnantlah! Are you blind or what?!" marah Fasha. Iskandar menggenggam tangan Nurin. "Fasha, tak malu ke buat kecoh dalam bas ni? Tak malu dengan staf-staf I?" tegur Iskandar tenang.
"U tu! Tak malu ke berkepit dengan tukang bancuh air tu? U tu majikan! Bakal suami I! Sepatutnya U teman I, bukan perempuan tu! Entah siapa-siapa entah. Pregnant tu, entah-entah pelacur tengah cari pak sanggup," sindir Fasha tajam. Semua tergamam mendengar sindirannya. Nurin tunduk sebak. Sudah lama dia tidak mendengar sindiran tajam seperti itu. Jika dahulu, dia terpaksa mendengar cacian ibu mertuanya. Kini...
Panggg.. Satu tamparan hinggap di pipi Fasha. "I nak, U minta maaf pada Nurin sekarang.." kata Iskandar. Fasha mengusap pipinya. Merah padam mukanya, marah dan malu diperlakukan begitu di hadapan orang ramai. "Disebabkan perempuan ni, U pukul I?" "Kalau U cakap pada Farah pun, I akan tampar U. U kena belajar hormat orang kalau nak orang hormat U. Minta maaf pada Nurin sekarang," Fasha duduk dengan kasar. "Jangan harap!" katanya separa menjerit.
     "Farah, ni kunci bilik saya. Tolong bawa Nurin ke bilik dulu ya. Saya ada urusan di kaunter," kata Iskandar. Farah menurut. Di dalam lif, Nurin meminta Farah membawanya ke bilik Farah dan bukan bilik suaminya. "Tapi kak, Tengku dah bagi kunci ni. Lagipun, tak baik ingkar kata suami," Nurin tewas. Dia terpaksa menurut. Sebenarnya, dia cuma masih terasa dengan kata-kata Fasha di dalam bas tadi. Sangat sinis sindirannya.

     Tiada aktiviti berat yang dijalankan. Mereka benar-benar santai di resort tersebut. Nurin hanya berehat di bilik. Begitu juga suaminya. Iskandar baring disebelahnya. "Sayang, marah abang lagi?" tanyanya. Nurin menggeleng. "Abang, hina sangat ke Nurin ni sampai mama dan orang lain tak boleh terima Nurin?" menitis air matanya. Iskandar bangun. Didakap erat tubuh isterinya. "Sayang, suatu hari nanti, mereka pasti sedar yang isteri abang ni seorang yang sangat istimewa," dikucup lembut dahi Nurin.
     "Mama, ada seorang perempuan ni, melampau betul! Dia dah lah mengandung, ada hati nak rampas Is dari Fasha!" marah Fasha ketika menghubungi Tengku Marina. Tengku Marina terbatuk-batuk kecil. "Fasha, mama betul-betul tak sihat. Maaf. Mama tak dapat fikir apa-apa sekarang ni," adunya. Fasha merungut. "Mama call lah Is suruh dia layan Fasha," rengek Fasha. Tengku Marina masih mengulangi katanya yang dia sedang sakit. Fasha naik angin dan terus mematikan talian. Tengku Marina sedih dengan tingkah laku Fasha. Alissa menggeleng melihat ibunya yang sedang lemah baru selesai bersembang dengan Fasha di talian. "Tengoklah tu macam mana bakal menantu kesayangan mama layan mama ketika mama sakit macam ni," sindir Alissa. Tengku Marina hanya membisu.
     Nurin terasa kurang selesa. Pinggangnya terasa sakit. Iskandar terjaga. "Sayang, kenapa ni?" tanyanya. Iskandar segera meminta bantuan daripada pihak resort untuk menghantar isterinya ke hospital setelah melihat isterinya sedang dalam kesakitan. Iskandar menggenggam tangan Nurin dan menemani Nurin sehingga seorang bayi perempuan selamat dilahirkan. Iskandar mengiqamatkan bayi tersebut.
     "Assalamualaikum, adik. Buat apa tu?" tanya Iskandar. "Baru masuk bilik. Jaga mama. Mama sakit. Mama tidur je, adik baliklah bilik. Kenapa bang?" Iskandar berkerut dahi. "Mama sakit? Dah bawa pergi klinik check?" Alissa menggeleng. "Mama tak nak. Abang di mana tu? Jangan lupa ole-ole untuk adik tau," kata Alissa sambil baring di atas katilnya. "Abang di hospital ni," Alissa bangun terkejut. "Abang sakit? Hospital mana?" tanyanya bertalu-talu risau akan abangnya. Iskandar menceritakan segalanya pada Alissa. Alissa tumpang gembira mendengar khabar tersebut lebih-lebih lagi, suara abangnya kedengaran gembira yang teramat sangat. "Adik nak lawat, mama tak sihat. Nanti abang bawa kakak balik ya. Adik nak tengok anak saudara adik tu. Siapa namanya?" "Puteri Alya Maisara," jawab Iskandar.
     "Intan, mana bos kau? Dari semalam tak nampak. Aku call tak jawab," tanya Fasha marah. Intan menggeleng. "Cubalah tanya abang bas tu kot-kot kita boleh singgah hospital tengok Nurin dengan baby dia," kata seorang pekerja Iskandar. Intan mencuri dengar perbualan mereka. "Tengku mesti bagi. Tengku kan teman Nurin di hospital," "Sweetnya. Ke manalah hilangnya suami dia. Kalau mati, mana kuburnya? Kesian Nurin. Tapi aku tengok, Tengku macam ada hati je pada dia,kan?" kata seorang lagi pekerja. "Aku pun perasan. Tapi aku tak kisah. Tengku selalu akan dapat kawal emosi kalau Nurin ada," "Hey! Apa yang kau orang merepek ni ha?!" tengking Fasha. Intan menenangkannya. Pekerja-pekerja Iskandar tadi segera beredar. Fasha kelihatan sangat marah. 'Kau memang cari nahaslah betina!' bentak hatinya.
     Nurin mengusap kepala Iskandar. Iskandar terjaga dari tidur. "Sayang dahaga ke? Nak air?" tanyanya sambil menggosok-gosok matanya. Nurin menggeleng. "Abang, Nurin dah boleh keluar,kan?" tanyanya. Iskandar menggenggam tangan isterinya erat. "Doktor akan check sayang sekejap lagi. Kalau semuanya stabil, sayang dah boleh keluar hospital," Nurin tersenyum riang. Tidak lama kemudian, seorang doktor wanita masuk. Dia check kondisi badan Nurin dan semuanya dalam keadaan baik. Nurin dibenarkan keluar hospital.
     "Akak! Maaf tak dapat teman akak. Syukur alhamdulillah semuanya selamat," Farah terus mendakap Nurin sebaik Nurin turun dari teksi. Iskandar sedang mendukung bayi mereka. Beberapa pekerja lain mengucapkan tahniah pada Nurin dan mula mengerumuni Iskandar dan bayinya. "Tengku, diam je baby tu dengan Tengku. Macam dah serasi je," puji seorang pekerja. Iskandar merenung Nurin. Nurin hanya tersenyum. "Jom pergi makan. Siapa yang tak ada lagi ni?" tanya Iskandar. Mereka berpandangan sesama mereka. "Cik Fasha dengan Intan," kata seorang pekerja. Iskandar sengaja memekakkan telinga dan mengajak pekerja-pekerjanya makan. Farah seronok mendukung bayi kakak angkatnya itu. Iskandar pula sibuk menghidang makanan untuk Nurin. Kak Ju, seorang pekerja Iskandar tak putus-putus memberi sedikit maklumat berkainan pantang larang selepas bersalin. Khusyuk Nurin dan Iskandar mendengarnya.
     "Minta perhatian. Ada satu perkara yang saya nak berkongsi dengan kalian," panggil Iskandar. Semua pekerjanya memberi perhatian kepadanya. Iskandar melihat wajah Nurin yang sedang mendukung anak mereka. Dia tekad mahu mengumumkan status sebenar Nurin.
"Sebenarnya....Nurin adalah isteri saya yang sah," bulat mata Nurin mendengar pengakuan jujur dari mulut Iskandar. Begitu juga pekerja lain. Mereka mula berpandangan sesama mereka. "Betul. Dia isteri saya. Saya hilang ingatan selepas kemalangan dan tidak pulang ke rumah kami di Perak. Nurin berusaha untuk cari saya. Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang isteri yang setia. Saya bersyukur dikurniakan anak yang comel. Alhamdulillah. Saya masih berpeluang menemani isteri saya melahirkan anak kami dan seterusnya mengiqamadkan Puteri Alya Maisara. Nurin, maafkan abang kerana menyusahkan awak untuk pulihkan ingatan saya," beberapa staf Iskandar tersentuh dengan luahan majikan mereka. "Alhamdulillah. Padanlah apabila Tengku dengan Nurin, eh, Puan Nurin bersama, nampak serasi je," puji Kak Ju. Nurin ketawa kecil. "Tak perlulah panggil puan-puan ni. Panggil Nurin je. Tak apa. Nurin bersyukur sangat dapat jumpa Farah. Kalau tidak, Tak tahulah Nurin sedang merempat di mana sekarang ni. Begitu juga dengan kawan-kawan lain yang dapat terima Nurin seadanya," "Gila! U dah gila! U tunang I! I takkan benarkan perempuan kampung ni rampas U dari I," Fasha meluru cuba menyerang Nurin namun sempat dihalang oleh beberapa pekerja Iskandar. Iskandar menarik tangan Fasha jauh dari Nurin. "U yang gila! Don't U dare touch my wife!" marah Iskandar. Fasha menjerit bagai orang gila kemudian beredar segera. Intan menghampiri Nurin. Dia menggenggam tangan Nurin. "Maaf. Saya tak sepatutnya berkasar dengan awak. Saya tak tahu yang awak...isteri Tengku," katanya mula berlembt dengan Nurin. Nurin hanya mengukir senyuman.

     "Adik, mama mana?" tanya Iskandar sebaik tiba di hospital. "Ada kat dalam. Doktor kata mama kena strok," kata Alissa tenang. Iskandar mengangguk faham. Dia memang akui  bahawa ibunya itu memang kurang mengambil perhatian tentang kesihatan. Apa yang dia kisahkan kecantikan dan bakal menantu kesayangannya. Alissa membawa Iskandar masuk ke dalam wad ibu mereka. Tengku Marina masih terlantar. Dia tidak mampu bercakap dan bergerak sekarang. Jadi dia bergantung pada pertolongan anak-anaknya serta jururawat yang bertugas.
     "Abang, Nurin pun dah habis pantang, biarlah kalau mama nak balik rumah. Nurin boleh tolong jaga," tawar Nurin sambil membuka tali leher suaminya. Iskandar mengucup dahi isterinya. "Abang tak nak susahkan sayang. Cukuplah apa yang sayang lalui sebelum ni," Nurin menggeleng. Dia tetap berkeras untuk menjaga ibu mertuanya di rumah. Iskandar akhirnya akur. Nurin tahu, ibu mertuanya masih belum dapat menerimanya. Namun, dia tetap perlu berusaha untuk memikat hati ibu mertuanya. Tengku Marina tetap nenek kepada puterinya itu. Dia tidak mahu anaknya tidak kenal siapa neneknya sedangkan neneknya masih hidup.
     Hampir setahun Nurin tinggal di rumah Tengku Marina. Alissa dan anak saudaranya cukup rapat. Ke mana sahaja dia mahu pergi, pasti akan dibawa Puteri Alya Maisara. Tengku Marina pula msih sedikit dingin terhadap Nurin. Namun Nurin melayannya dengan baik. Disuapkan makan, dimandikan dan macam-macam lagi. "Mama, esok dah raya. Nurin ada belikan mama baju raya. Maaflah kalau tak cantik. Mari kita cuba," ajak Nurin. Tengku Marina hanya mendiamkan diri. 'Dah  macam-macam mama buat pada Nurin, Nurin tetap layan mama dengan baik. Maafkan mama,' bisik hatinya. Air matanya menitis ketika Nurin selesai pakaikan baju jubah untuk dipakai esok hari. "Cantiknya," Nurin mengusap pipi ibu mertuanya. Air mata Tengku Marina semakin deras mengalir. Akhirnya Tengku Marina memeluk menantunya dengan penuh kasih sayang. Nurin turut terharu. "Sayang, langsir dah siap.." langkah Iskandar terhenti di muka pintu. Dia tersenyum lega melihat ibunya yang mula lembut hati menerima Nurin sebagai menantu. Begitu lama dinantikan saat indah ini.
     Alissa sibuk mengambil gambar anak saudaranya bergaya dengan baju kurung pertamanya di samping nendanya. Sungguh comel. Nurin pula sibuk menghidang makanan untuk tetamu yang turut dibantu oleh Iskandar. Tiba-tiba telefon bimbit Iskandar berdering. Iskandar menjawabnya. "Is, Fasha masuk wad," kata Firdaus. "Kenapa?" Firdaus menceritakan masalah yang dihadapi Fasha sejak mereka putus tunang. Fasha kerap minum minuman keras dan kini dia mempunyai masalah hati. Dia perlu jalani pembedahan segera namun masih belum jumpa penderma yang sesuai. Sebaik Iskandar mematikan talian, Nurin bertanya kepadanya apa yang merunsingkan suaminya di pagi raya itu. "Nurin darah A. Apa kata Nurin dermakan hati Nurin," bulat mata Iskandar mendengarnya. "No. Tak perlu sayang. Selepas apa yang dia dah cakap pada sayang dulu," "Abang, setiap manusia ada melakukan kesilapan. Termasuk Nurin sendiri. Abang pun,kan? Nurin dah maafkan dia. Insyaallah, jika sesuai, semuanya akan baik. Penderma tak akan terjejas kesihatannya jika badan penderma sihat dan kuat. Isteri abang ni kan kuat," kata Nurin manja. Alissa mendukung Alya. Tengku Marina turun menggeleng tidak setuju. Namun, Nurin tekad untuk membantu. Iskandar dan Nurin pergi ke hospital untuk menguji sama ada Nurin boleh menderma organ atau tidak.
     "Is, Insyaallah semuanya pasti akan selamat," kata Firdaus cuba menenangkan kawan baiknya itu. Iskandar mundar mandir di depan bilik pembedahan. Setelah 5jam pembedahan, akhirnya seorang doktor keluar. "Kedua-dua mereka selamat," katanya. Iskandar bersyukur sangat. Dia merasa bangga mempunyai seorang isteri yang sangat baik dan dari dulu, Nurin memang seorang yang disenangi. Itu yang membuatkan dia tertarik pada gadis kampung tersebut. dia terlalu cintakan Nurin dan cintanya adalah cinta sejati. Tidak ada apa yang dapat memisahkan mereka kecuali ajal dan maut yang telah ditentukan oleh Allah.

     "Maksu, Puteri nak main dengan adik. Bagilah Puteri dukung adik!" pinta Alya yang kini sudah berusia 4tahun dan lagaknya seperti sudah dewasa. Sungguh bijak dan petah berkata-kata. "Eh.. Mana boleh. Awak tak larat nak dukung adik awak yang tembam ni," "Boleh! Mama bagilah maksu. Kalau tak percaya, maksu tanyalah mama. Mama!" rengek Alya. Iskandar mendukung Alya. "Anak papa ni dah besar ke? Masih hisap susu dalam botol lagi macam adik, dah besarlah ya?" guraunya sambil menggeletek puterinya. Nurin tersenyum melihat keluarganya yang bahagia sambil menolak kerusi roda ibu mertuanya. "Sudah tu. Mari makan buah. Mama dah potong. Alya, cuci tangan dulu. Nanti tunjuk dulu pada nenek,dah bersih betul-betul,baru boleh makan," panggil Tengku Marina yang semakin pulih sambil meletakkan pinggan berisi buah tembikai yang siap dipotong oleh Nurin sebentar tadi.
     Sementara itu, Fasha sedang menemani suaminya bekerja di luar kawasan di Sabah. Siapakah gerangan lelaki yang sanggup menerima Fasha menjadi isteri dan melembutkan hati Fasha yang dahulunya keras mahukan Iskandar umpama tiada lagi lelaki lain di dunia ini. "Sayang, nanti kita beli buah tangan untuk anak-anak Is ya," kata Fasha sambil membancuh kopi di dalam bilik hotel untuk suaminya. "Ehem-ehem.. Masih ada hati lagi ke pada ayah mereka?" usik Firdaus. Fasha tersengih lalu menghulurkan kopi yang telah siap dibancuh kepada suaminya. Kemudian duduk di sebelah Firdaus. "Awak dah banyak tahu perangai saya. Saya percaya, awak pasti bencikan Fasha yang dulu, kan? Begitu juga dengan saya. Saya bersyukur awak masih lagi sudi terima saya sebagai teman hidup awak. Saya bersyukur Nurin, yang dahulunya saya benci dan caci sudi memaafkan saya dan bantu saya untuk teruskan hidup. Saya bersyukur Iskandar sudi maafkan saya dan saya juga bersyukur, Mama Marina sudi ampunkan saya atas kesalahan dan keegoan saya yang melampau sehingga tidak mempedulikan perasaan orang lain. Awak, terima kasih. Saya harap, cinta kita adalah Cinta Sejati.. Setulus cinta Adam dan Hawa, sekukuh cinta Nurin dan Iskandar," kata Fasha sebak mengenang dirinya yang dahulunya jahil tidak mengenal erti cinta yang sebenarnya. Firdaus mendakap isterinya erat. 'Orang selalu cakap, kalau kita benci seseorang, satu hari nanti kita mungkin berkahwin dengan orang tersebut. Dan ya. Aku percaya. Orang yang dahulunya aku benci kerana perangainya yang terlalu pentingkan diri dan tidak menghiraukan perasaan orang, sanggup buat apa sahaja untuk penuhi kehendaknya kini telah sah menjadi teman sehidup sematiku. Ya. Cinta itu buta. Aku harap cinta kami cinta sejati seperti Nurin dan Iskandar. Aku bangga kenal kalian wahai sahabat baikku Iskandar dan Nurin'.....