"Mak, malam tadi adik mimpi best sangat! Adik dapat jumpa Adam depan mata! Masa tu, adik harap sangat kalau itu mimpi, biarlah mak tak kejut adik. Adik rancang nak tegur Adam tu tau. Lepas tu, baru je adik nak datang dekat dengan Adam, tiba-tiba mak panggil adik. Aduh! Adik baru nak layan mimpi indah adik tu tau. Mak ni, spoil lah," rungut Zuliana sambil makan cucur pisang yang terhidang di atas meja makan.
"Ha, baguslah tu mak. Lain kali, jangan kejut anak dara mak yang seorang ni. Biar dia bangun sendiri tengah hari nanti. Bagus sangatlah anak dara bangun lambat macam ni," perli Syafiq sambil memulas telinga adik kesayangannya itu.
"Aduh. Sakitlah bang. Mak! Tengok abang ni!" Puan Intan hanya tersengih melihat gelagat anak-anaknya.
"Abang, sebelah lagi. Wakil ayah. Amboi. Adik ni. Mentang-mentang tengah cuti, seronok ya bangun lambat. Tak apa. Lain kali, kalau liat sangat nak bangun, biar ayah kejut adik. Kalau ayah, senang je. Ayah guna air sebaldi. Tak bangun lagi, tak tahulah," celah Encik Fahmi. Zuliana mencebik.
Syafiq mencubit pipi adiknya. Zuliana mengaduh meminta simpati dari mak dan ayahnya. Malangnya Puan Intan dan Encik Fahmi hanya ketawakannya. Zuliana mencebik merajuk. Syafiq cuba memujuk.
"Abang main-main je la dik. Bukan sakit sangat pun, kan? Iyalah. Nanti kalau adik dah kahwin, dah tak boleh manja-manja lagi dah. Eh. Silap. Ada ke orang nak kahwin dengan adik? Maksud abang, kalau abang dah kahwin. Ha. Masa tu, abang manja-manja dengan wife abang je la. Buat apa nak manja dengan adik," kata Syafiq kemudian ketawa geli hati sengaja mahu mengacau adiknya. Mak dan ayah mereka hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Zuliana terdiam.
"Abang dah nak kahwin ke?" tanyanya sirius. Syafiq tersenyum.
"Mestilah. Mak dengan ayah dah jumpa dah dengan bakal isteri abang. Cantik kan mak? Kalah adik," kata Syafiq. Zuliana membisu.
Dia sedih memikirkan yang abangnya akan berkahwin tidak lama lagi dan pasti abangnya tidak akan ada masa untuknya lagi selepas kahwin. Dia masih belum puas bermanja dengan abangnya. Zuliana bangun dari kerusi dan terus masuk ke bilik. Syafiq, Puan Intan dan Encik Fahmi saling berpandangan. Kemudian, Syafiq mengukir senyuman.
"Gurau je mak. Dah merajuk. Macam mana kalau satu hari nanti abang memang betul-betul nak kahwin? Budak ni. Satu cara je yang buat dia terima kalau abang nak kahwin. Kena kahwinkan dia dulu. Dah ada suami nanti, baru dia tak berat hati nak lepas abang," katanya. Encik Fahmi menggeleng.
"Adik ni. Manja sangat. Macam manalah agaknya bila dah jadi isteri orang nanti. Ayah pula sayang nak bagi dia pada orang. Macam mana kalau salah pasangannya nanti?" kata Encik Fahmi sambil menghirup air kopinya. Syafiq terdiam seketika.
"Abang pun. Tiba-tiba rasa berat pula nak bagi adik kat orang."
"Amboi. Ingat adik tu barang ke nak bagi-bagi pada orang? Biar dia rasa macam mana kena urus rumah, urus suami, urus anak-anak. Kalau tak, bila dia nak matang? Manja macam tu je," bebel Puan Intan.
"Ayah, jomlah. Ayah kata nak pergi jumpa kawan ayah tu," kata Syafiq tiba-tiba.
"Elok juga tu. Sebelum mak kamu membebel lebih panjang, baik kita keluar dulu," Encik Fahmi bangun untuk beredar. Puan Intan mencubit lengan suaminya. Syafiq ketawa kecil sambil berlari anak meninggalkan mereka.
Syafiq mengetuk bilik Zuliana. Tiada jawapan. Dia menolak perlahan daun pintu bilik Zuliana. Dia menghampiri katil adiknya. Zuliana sedang nyenyak tidur sambil memeluk patung beruang yang dihadiahinya. Matanya kelihatan sedikit bengkak.
'Adik, janganlah macam ni. Satu hari nanti, kita akan berpisah juga. Adik kena belajar hidup tanpa abang,' bisik hatinya sambil mengusap rambut adiknya.
"Mak mesti tak percaya! Mak tahu kan adik minat Adam, pelakon kesayangannya yang sampai masuk mimpi dia tu? Mak nak tahu tak? Adam tulah bakal menantu mak nanti," cerita Syafiq. Encik Fahmi hanya mengangguk.
"Saya pun tak sangka itu anak Kamarul. Dia sibuk nak kahwinkan anaknya. Awak ingat kan yang kita pernah janji nak kahwinkan anak kita," kata Encik Fahmi.
"Tapi, mahu ke dia? Entah budak tu dah ada pilihan hati ke? Adik yang merana nanti," kata Puan Intan risau sambil melipat kain. Syafiq memandang ayahnya.
"Sebenarnya, Kamarul tak berkenan dengan pilihan hati anaknya tu. Artis juga. Cubalah awak bincang dulu dengan adik. Mana tahu berkenan pula dia," pesan Encik Fahmi.
___________________________________________________________________________________
Zuliana duduk di atas sofa yang empuk di dalam ruang tamu rumah
Adam. 'Dulu, aku cuma tengok dalam majalah, internet. Sekarang, aku
sedang duduk di atas sofa rumah Adam, pelakon muda yang mula terkenal
selepas membintangi drama bersiri Cinta Boneka. Orang lambat kenal. Aku
dah usha lama dah mamat ni. Sejak dia jadi pelakon sampingan
sebelum-sebelum tu. Dia sangat comel. Aku rasa macam mimpi je. Kalau
betullah ini mimpi, harap-harap lambat sikit mak kejut aku. Nak juga aku
merasa jadi isteri Adam ni,' Zuliana tersenyum sendirian.
"Makmah cuti
lagi. You nak makan apa ni? I nak pergi beli makanan," tanya Adam sambil
membetulkan rambutnya di hadapan cermin.
Zuliana terjaga dari lamunan.
Dia segera bangun dan menghampiri Adam. Ditatap wajah Adam.
'Comelnya
dia,' bisik hatinya. Adam hairan.
"Ada apa kat muka I?" tanyanya segera
mendekatkan mukanya pada cermin dan meneliti setiap inci wajahnya di
hadapan cermin.
"Eh, tak ada apa-apa. Maaf. Er. Saya nak ikut boleh?"
tanya Zuliana. Adam berkerut dahi.
"Tak payahlah. Nanti habislah reputasi
saya. Cepatlah, nak makan apa?" Zuliana mencebik.
"Tak apalah. Saya tak
lapar," rajuknya minta dipujuk. Namun hampa. Adam hanya meninggalkannya
sendirian.
'Tak guna betullah orang tua ni!' bentak hatinya.
'Mana orang tua ni? Tak reti nak balik ke?' bisik hatinya
sambil melihat jam di dinding. Sejak tengah hari tadi sehingga pukul
9.00 malam, Adam masih belum pulang lagi.
Sementara itu, Adam
sedang sibuk bermain PS2 di rumah kawan baiknya yang merupakan
pengurusnya juga.
"Aku bukan nak halau kau. Tapi, kau kena ingat yang
kau dah berumahtangga. Kau baru je bawa wife kau balik rumah kau. Tak
bolehlah kau tinggalkan dia sendirian lama-lama di rumah tu," pujuk
Johan. Adam tersenyum sinis.
"Kau pun tahu yang aku tak suka perempuan
tu, kan? Jadi, tak payahlah buang masa nak nasihat aku. Papa yang
pandai-pandai janji dengan ayah budak tu. Gila! Aku tak percaya aku
boleh kahwin dengan orang yang aku tak cinta. Semua semata-mata untuk senyapkan papa aku," Adam berhenti bermain permainan video berkenaan
dan bangun untuk ke dapur.
Johan faham perasaan kawan baiknya itu. Dia
memang dalam dilema. Antara dua orang yang paling disayanginya. Papa
dan teman wanitanya, Sarah. Setelah lama berfikir, dia memilih untuk
memenuhi permintaan papanya itu dan berniat untuk
merahsiakan perkahwinannya dari media dan juga teman wanitanya. Malam
semakin lewat. Akhirnya Adam pulang.
Kelihatan Zuliana sedang tidur di atas sofa.
"Mak cik, bangunlah.
Kenapa tidur kat sini? Besar sangat ke rumah ni smpai tak jumpa bilik?"
kejutnya. Zuliana terjaga dari tidurnya. Dia menggosok-gosok matanya
dengan tangan kemudian melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan
pukul 12.00 malam.
"Awak baru balik? Mandi dulu ya sebelum tidur.
Sekejap, saya ambilkan tuala," katanya kemudian bangun pergi ke bilik.
Adam hanya terdiam memerhati gelagat isterinya yang seperti masih lagi
bermimpi apabila dikejutkan begitu.
Adam dikejutkan daripada
tidur dengan bunyi vacuum di ruang tamu. Dia melihat jam di meja sisi
katilnya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Adam bergegas bangun
dan bersiap. Dia ada penggambaran drama bersiri yang baru pada pukul
9.00 pagi sepatutnya.
"Awak dah bangun? Nak ke mana?
Sarapanlah dulu," tegur Zuliana.
"Tak apalah. Tak sempat," "Eh..mana
boleh!" Zuliana menarik tangan suaminya ke meja makan dan memaksanya
bersarapan sebelum keluar rumah. Tergopoh gapah Adam dibuatnya.
"Awak
dah lewat sangat ke? Kenapa tak suruh saya kejut awal? Ada kerja pukul berapa
ni wak?" "9.00. Okaylah. I pergi dulu," Zuliana menghalang laluannya.
Dicapai tangan suaminya untuk bersalam dan dikucup pipi suaminya itu.
"Hati-hati ya. Jangan balik lewat," pesannya. Adam hanya membisu
menuju ke keretanya. Tiba-tiba dia teringatkan teman wanitanya.
"Sayang,
maaf. I tak ada niat nak curang dengan you," katanya sendirian di dalam
kereta.
"Aku selalu berangan nak buat semua tu pada suami
aku. Akhirnya, aku buat juga! Pada Adam pula tu!" jerit Zuliana
kegembiraan. Dia mengemas rumah dengan perasaan yang sangat gembira
sehingga tidak sedar masa berlalu.
Di set penggambaran, Johan hairan melihat Adam
berkelakuan pelik pada hari itu.
"Kau okay ke?" tanyanya. Adam hanya membisu.
"Sayang! I rindu sangat dekat you!," sapa Sarah dari belakang. Adam
bangun dan terus memeluk Sarah. Johan bertambah hairan. Selama ni, Adam
jarang tunjuk kemesraannya di set penggambaran walaupun dia memang
cintakan Sarah sepenuh hatinya.
"You pun rindu I ya sayang? Kenapa I
call you tak jawab? Risau I tau," kata Sarah. Adam mengusap pipi teman
wanitanya.
"I rindu sangat dekat you. Sangat-sangat," "Adam, sini kejap.
Sarah, aku pinjam Adam kejap," Sarah ketawa kecil.
"Sayang, Johan
panggil tu," Johan menarik tangan Adam jauh dari Sarah.
"Kau kenapa? Aku
tahu kau sayang Sarah, tapi kau belum ada ikatan sah dengan dia. Kau
tak boleh buat macam tu depan orang ramai. Nanti jadi bahan. Selalu kau
boleh je kawal diri kau. Hari ni kenapa kau pelik je aku tengok," tegur
Johan.
"Aku.. aku tak ada niat nak curang dengan Sarah. Aku betul-betul
cintakan dia. Betul. Aku tak ada niat nak curang dengan dia," Johan
bertambah hairan mendengar kenyataan kawan baiknya itu. Tiba-tiba dia
terfikirkan sesuatu yang mungkin terjadi sehingga membuat kawannya
sedikit kurang waras pada hari itu.
"Kau... kau dah.. dah 'sentuh' isteri
kau?" "Tak! Aku tak buat apa-apa pun! Perempuan tu yang..dia yang.."
Adam menggosok-gosok pipinya yang dikucup isterinya pagi tadi.
"Dia
yang..?" "Kiss aku. Bodoh betul. Aku rasa bersalah sangat pada Sarah,"
Johan ketawa terbahak-bahak mendengarnya. Adam menepuk bahu Johan marah.
"Tak lawaklah Jo. Aku tengah macam ni kau boleh gelakkan aku?"
marahnya. Johan berhenti ketawa namun dia masih tersengih melihat wajah
kawan baiknya ketika itu.
"Maaf. Aku bukan apa. Aku ingat kau jadi macam
ni sebab dah terlanjur dengan isteri kau tu. Rupa-rupanya cuma kucupan
mesra daripada seorang isteri yang sah. Apa masalahnya? Masa berlakon
kau okay je. Takkan dalam realiti kau tak mampu nak handle
perkara-perkara macam ni?" Adam terdiam. Dia sendiri tidak tahu mengapa
dia jadi begitu sensitif. Johan menenangkan kawannya itu dengan memberi
sedikit kata-kata semangat. Adam mulai tenang.
"Awak dah
balik?," Zuliana bersalam dan mencium tangan suaminya kemudian mengucup
pipi Adam. Sekali lagi Adam terkedu.
"Awak, dapur awak kosong. Saya nak
masak pun tak boleh. Awak tak belikan apa-apa makanan untuk saya? Awak
dah makan?" tanya Zuliana lembut.
"Dah. Kalau lapar, sekejap lagi I keluar belikan. You
nak makan apa?" "Nak ikut!" Adam beredar menuju ke bilik tanpa
menghiraukan kata-kata Zuliana. Sekali lagi Zuliana merajuk dan tidak mahu
memesan makanan. Adam tidak menghiraukannya dan terus masuk tidur. Zuliana duduk di sofa sambil mengusap perutnya yang sedang kelaparan.
Sudah dua hari dia tidak makan makanan berat. Dia cuma makan roti ketika
bersarapan pagi tadi.
"Laparnya. Tak apalah. Asalkan dia dah makan. Aku
tumpang kenyang dialah," Zuliana tersenyum gembira mengenangkan dirinya
yang sudah bersuamikan pelakon pujaannya. Untuk mengalas perut, Zuliana
membancuh milo panas sebelum tidur.
__________________________________________________________________________________
Sebulan telah berlalu. Seperti biasa, Zuliana akan mengemas rumah sebaik Adam pergi bekerja.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama abangnya tertera di skrin. Segera dijawabnya.
"Assalamualaikum. Abang! Rindunya pada abang!" jeritnya kegembiraan. Air matanya menitis kerana terlalu rindukan abangnya itu.
"Waalaikumsalam. Adik sihat? Lupa abang dah ya lepas kahwin. Mentang-mentanglah suami tu pelakon pujaan dia," usik Syafiq. Zuliana terdiam. Air matanya tidak putus mengalir. Terasa bersalah. Benar kata abangnya. Jika sebelum ini dia tidak mampu berpisah walau sesaat pun dengan abangnya itu, setelah pelakon pujaan hatinya di depan mata, dia tidak langsung teringat pada abangnya itu.
"Hello. Adik? Abang gurau je. Menangislah tu. Abang rindu sangat pada adik abang ni. Sampai demam-demam ni," kata Syafiq. Suaranya kedengaran lemah. Zuliana terkejut.
"Abang demam? Teruk tak? Abang dah pergi klinik? Abang di mana tu? Adik nak balik. Nanti dah sampai, adik bagitahu abang ya. Bye!" "Adik!" belum sempat Syafiq menjawab, Zuliana telah mematikan talian.
Zuliana bergegas bersiap untuk pulang ke kampung tanpa meninggalkan sebarang nota untuk suaminya.
'Abang, kesiannya. Adik minta maaf. Selalunya kalau kita berjauhan, mesti kita akan demam bersama-sama sebab rindu. Tapi kali ni, abang seorang yang demam. Maafkan adik. Adik tak sengaja lupakan abang,' bisik hatinya. Setitis demi setitis air matanya jatuh ke pipi. Dilapnya dengan tudung.
Adam pulang awal dari set penggambaran. Menjadi rutinnya untuk membeli makanan buat isterinya sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam kerana dia sudah mula masak dengan perangai isterinya yang manja sehinggakan makan pun perlu berteman. Mana tidaknya, beberapa minggu yang lalu, Zuliana ditahan di wad kerana gastrik. Gara-gara tidak makan. Sejak itulah rutinnya membelikan makanan dan menemani isterinya makan di rumah bermula.
"Awak! Saya dah balik!" katanya sambil meletakkan makanan di atas meja makan. Adam duduk di atas sofa di ruang tamu. Tiada respon daripada isterinya. Adam kehairanan. Selalunya, Zuliana pasti menyambutnya pulang dari kerja dengan segelas minuman sejuk atau panas. Kali ini, tiada. Adam naik ke tingkat atas. Dijenguknya bilik. Kosong. Dijenguknya di sekitar rumah. Tiada langsung kelibat isterinya.
'Mana pula budak ni? Takkanlah keluar rumah tak bagitahu' bisik hatinya. Kesilapan paling besar di dalam hidupnya ketika itu, dia langsung tidak bertukar nombor telefon bimbit dengan isterinya. Adam terduduk di sofa. Pelbagai bayangan negatif muncul difikirannya. Mana tidaknya, habislah dia jika hilang anak dara orang. Dia cuba memikirkan sebarang kemungkinan.
Zuliana mencium tangan abangnya. Diletakkan di pipinya. Syafiq menarik nafas panjang.
"Adik, Adam tahu tak adik datang sini?" tanyanya risau. Zuliana menggeleng.
"Elok sangatlah tu keluar rumah tanpa izin suami. Berdosa tau," celah Puan Intan sambil meletakkan segelas minuman sejuk di atas meja. Zuliana hanya membisu. Apa yang dia tahu, terasa sebak sangat melihat abang kesayangannya pucat lesi, demam. Lagi-lagi kerananya. Ketika itu, dia tidak mahu berjauhan langsung dengan abangnya. Zuliana baring di atas sofa sambil meletakkan kepalanya di atas pangku Syafiq. Syafiq mengusap rambut adik kesayangnnya itu. Benar. Dia terlalu rindukan adik tunggalnya itu. Tetapi, dia sedar, dia perlu belajar berjauhan dengan adiknya kerana adiknya itu sudah berumah tangga.
"Adik, ayah balik nanti mesti ayah marah pada adik. Nanti abang hantar adik balik, ya?" pujuk Syafiq. Zuliana menggeleng. Digenggam erat tangan abangnya. Syafiq memandang Puan Intan. Puan Intan sayu melihat anak-anaknya itu. Dari kecil, mereka memang akrab. Tidak hairanlah masing-masing memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selepas masing-masing mula berumah tangga.
"Assalamualaikum," terdengar satu suara dari luar rumah. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Puan Intan menjenguk.
"Adam, masuklah," panggilnya.
"Mak, maaflah mengganggu mak malam-malam ni. Adam sebenarnya nak tumpang tanya, Zuliana ada balik rumah mak tak?" tanya Adam serba salah bimbang merisaukan mak mertuanya atas kehilangan isterinya itu.
"Budak bertuah tu ada dekat dalam. Maaflah nak. Abang Syafiq kamu memang nak hantar dia balik petang tadi, tapi, dia berkeras tak mahu balik. Kami pula tak ada nombor telefon Adam untuk maklumkan pada Adam yang dia ada di sini," terang Puan Intan. Adam lega mendengarnya.
"Alhamdulillah. Lega Adam mendengarnya. Maaflah mak. Salah Adam juga tak ambil berat tentang nombor telefon tu semua. Adam betul-betul minta maaf sebab tak jadi suami yang baik buat Zuliana," dia betul-betul rasa bersalah. Puan Intan menjemputnya masuk ke rumah.
"Ayah apa khabar?" sapa Adam berhati-hati. Almaklumlah, pasti bapa mertuanya itu mengesyaki sesuatu jika anak perempuannya pulang ke rumah begitu.
"Baik, alhamdulillah. Adam sihat? Maaflah pasal Zuliana tu, ya. Dia risaukan abangnya yang demam. Sebab itulah tak tentu arah dibuatnya. Keluar rumah tak minta izin kamu. Maaf sangat-sangat ya Adam," sebaliknya, Encik Fahmi yang rasa bersalah atas perbuatan anak perempuannya itu.
"Sihat, alhamdulillah ayah. Tak apalah. Adam juga bersalah dalam hal ni. Macam manalah kami sebagai suami isteri boleh tidak tahu nombor telefon masing-masing walaupun sudah sebulan berumah tangga. Maafkan Adam ya ayah, mak. Adam akan cuba belajar lagi untuk jadi suami yang lebih bertanggungjawab," katanya tekad menabur janji.
Zuliana keluar dari bilik Syafiq sambil membawa keluar besen kecil yang berisi tuala basah dan terus memasuki dapur. Dia langsung tidak perasan suaminya sedang berbual dengan ibu bapanya.
"Tengoklah tu. Kita tengah bersembang ni pun dia boleh tak perasan. Adik! Sini sekejap," panggil Encik Fahmi. Zuliana meletakkan besen tersebut di atas meja makan.
"Ya, ayah," dia terpaku seketika melihat suaminya yang sedang duduk di ruang tamu bersama ayah dan maknya.
"Tercegat dekat situ kenapa? Salamlah tangan suami adik ni. Minta maaf. Adik tahukan apa salah adik?" tegur Puan Intan. Zuliana menghampiri Adam. Kepalanya tunduk. Pelbagai perasaan timbu ketika itu. Gembira melihat suaminya datang mencarinya, takut dimarahi suaminya kerana keluar rumah tanpa izin, sedih kerana pasti suaminya akan membawanya pulang dan dia terpaksa meninggalkan abangnya yang sedang sakit.
Adam tidur di rumah keluarga mertuanya pada malam tersebut. Mereka tidak bersembang langsung ketika sedang berdua di dalam bilik. Sehinggalah sebelum tidur, Zuliana membuka mulut memohon maaf. Adam hanya membisu. Air mata Zuliana mengalir.
"Dahlah. Rehat. Esok pagi saya kena bangun awal. Ada penggambaran pukul 8.00 pagi. Nak kena gerak awal dari sini. Awak pun mesti penat jaga Abang Syafiq dari siang tadi. Tidurlah," kata Adam tanpa menoleh memandang wajah isterinya. Zuliana rasa bersalah. Patutkah dia mengikut suaminya pulang, atau minta izin untuk tinggal di kampung sehingga abang kesayangannya sembuh?
Bersambung...